Tuesday, February 27, 2024

Creating liberating content

TV3 Diperintah Bayar RM1.1...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan stesen televisyen TV3...

Datuk Red Taubat Tidak...

SUAMI kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu berjanji tidak akan...

Polis Tak Terima Laporan...

BAGAN SERAI - Polis tidak menerima sebarang laporan yang mendakwa pengundi pada Pilihan...

Jangan Nafikan Hak Pendidikan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan perlu memastikan cadangan menggantung persekolahan selama setahun ke...

Lagu Tribute Untuk Bomba Terima Lebih 46,000 Tontonan

KUALA LUMPUR – Tidak sampai dua bulan dihasilkan, lagu ‘Perginya Sahabat Wira’ yang ditujukan khusus bagi memperingati kejadian enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor yang mati lemas di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong kini menjadi antara lagu yang popular di media sosial.

Lagu berdurasi tiga minit sembilan saat itu dicipta serta dinyanyikan sendiri dua anggota Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya sebagai mengenang pengorbanan enam rakan mereka yang maut ketika operasi menyelamat seorang remaja di lombong itu kira-kira jam 9.15 malam, 3 Oktober lalu.

Sejak video lagu itu itu dimuat naik di Facebook dan YouTube pada 1 November lalu, ia sudah ditonton lebih 46,437 kali.

Ketua Pusat gerakan Operasi JBPM Selangor, Mohd Nurizwan Basri, berkata lagu itu dicipta dan dinyanyikan oleh Pegawai Bomba (PB) Izzat Izwan Mohd Noor manakala liriknya ditulis oleh PB Mohd Azlan Mohd Noor.

“Lagu berkenaan dimuat naik pada 1 November lalu di YouTube dan turut dikongsi di laman Facebook ‘Friends of Bomba Malaysia’,” katanya ketika dihubungi hari ini. – BH Online

Kategori