• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuasa Diberi Bukan Untuk Kepentingan Diri – Dr Mahathir

oleh Ahmad Albab
03/12/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pemerintah dan anggota pentadbiran bahawa kuasa diberi untuk mereka melaksanakan tugas, bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Berucap pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri, di sini hari ini, beliau berkata jika kuasa disalahgunakan, negara tidak akan maju dan menyebabkan kemerosotan dalam kalangan masyarakat.

“Sebab itu kita perlu berhati-hati apabila kita melaksanakan sesuatu mengikut kuasa yang diberi kepada kita.

“Kalau kita sedar atau berasa was-was bahawa kuasa itu mungkin akan menyebabkan sesuatu tidak baik bagi negara kita adalah lebih baik kita tidak laksanakan kuasa itu dan lebih baik kita runding dan mendapat nasihat tentang bagaimana kuasa itu hendak dilaksanakan,” katanya.

Perdana Menteri mahu anggota pentadbiran faham dan jelas bahawa maksud kerajaan ditubuhkan adalah untuk menentukan negara menjadi lebih maju.

Dr Mahathir berkata, walaupun pada permulaannya nikmat tidak dapat dilihat namun apabila sebuah negara yang aman dan maju berjaya ditubuhkan, hasilnya akan dinikmati oleh seluruh rakyat termasuk anggota pentadbiran.

Beliau menegaskan Malaysia perlu aman dan damai agar kekayaan negara dapat diagihkan secara sama rata bagi mengurangkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar.

Menurutnya, ia boleh dicapai kalau negara ditadbir dengan baik, tanpa rasuah dan acara yang disengajakan bagi mencetus huru-hara dan permusuhan kaum.

“Apabila kita menghadapi masalah rusuhan dan sebagainya, hendaklah kita tangani perkara ini dengan cara bijak sebagai satu pemerintah yang berprihatin dan berpengalaman serta faham tujuan pemerintahan,” katanya.

Menurut Dr Mahathir, kerajaan mahu melihat seluruh penduduk Malaysia menikmati kekayaan dan kemerdekaan serta pemerintahan negara yang prihatin.

“Bukan niat kita untuk menghalang perkembangan dan kekayaan bandar tetapi kalau jarak antara yang kaya dan miskin terlalu jauh, maka akan timbul perasaan iri hati dan benci.

“Disebabkan itu, negara akan menghadapi permusuhan antara bandar dan luar bandar, antara miskin dan kaya bahkan antara satu kaum dan kaum lain,” katanya.

Justeru, Dr Mahathir berkata beliau yakin semua warga Jabatan Perdana Menteri bukan hanya faham cara bekerja tetapi juga berhubung keperluan negara. – BERNAMA

Tags: Penjawat AwamTun Dr Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) dalam kalangan penjawat awam menjadi tanda tanya apabila sehingga kini belum ada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd