• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kristian AS Sumbang AS$65 Juta Bina Penempatan Haram

oleh Haris
10/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOLONGAN Kristian Evangelical di Amerika Syarikat telah menyumbang sehingga AS$65 juta untuk projek pembangunan dan perluasan penempatan Yahudi di wilayah Palestin yang diduduki sejak 10 tahun lalu, lapor akhbar Israel Haaretz semalam.

Sumbangan ini walau bagaimanapun tidak termasuk perkhidmatan percuma yang diberikan termasuk buruh sukarela, menurut akhbar itu lagi.

Dilaporkan sekitar 1,700 sukarelawan dari AS dihantar oleh kumpulan Kristian Evangelical ke penempatan haram Har Brakha, yang terletak di utara Nablus, kawasan diduduki Israel di Tebing Barat.

Menurut sumber, Kementerian Hal Ehwal Strategik Israel memperuntukkan AS$16,000 setiap tahun kepada pertubuhan Evangelical bagi menghasilkan kempen media bagi pihak Israel di luar negara.

Kelompok Kristian Evangelical di AS ialah penyokong kuat Israel dan menyokong sebarang dasar kerajaan AS yang berpihak kepada Israel.

Dalam pilihan raya presiden yang lalu, golongan ini memberi sokongan sepenuhnya kepada Donald Trump, yang menunjukkan sikap pro-Israel yang selari dengan Evangelical.

Aliran Kristian ini percaya bahawa pada akhir zaman, Israel akan menjadi tumpuan dan menjadi lokasi kemunculan Nabi Isa, yang mereka dakwa sebagai anak Tuhan.

Mereka turut memberi sokongan kuat kepada tindakan pentadbiran memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, yang juga menepati ramalan peristiwa akhir zaman yang mereka percayai melibatkan kedudukan kota suci itu. – Maan

Tags: Amerika SyarikatIsraelKristian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub GENEVA – Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa pihak berkuasa dan pasukan keselamatan Israel secara...

Komander Batalion Israel Dilapor Terbunuh Dalam Pertempuran Di Selatan Lubnan

Komander Batalion Israel Dilapor Terbunuh Dalam Pertempuran Di Selatan Lubnan

19/06/2026
0

Oleh Mynewshub LUBNAN _ Israel (IDF) mengesahkan seorang pegawai kanan mereka terbunuh ketika operasi ketenteraan di selatan Lubnan, dalam insiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd