• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPWKM Bincang Dengan KDN, MOF Wajibkan Ujian HIV Kepada Bakal Pengantin Bukan Islam

oleh Cj Mnh
17/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan berbincang dengan kementerian berkaitan bagi melaksanakan langkah mewajibkan pengantin bukan Islam menjalani ujian HIV.

Menterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata oleh kerana perkahwinan bukan Islam mengikut undang-undang sivil dan pelaksanaan ujian berkenaan melibatkan kos, maka perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri dan Menteri Kewangan adalah perlu bagi melaksanakan langkah berkenaan.

“Bakal pengantin bukan Islam berkahwin mengikut undang-undang sivil, buat masa ini tiada mana-mana peruntukan mewajibkan bakal pengantin bukan Islam untuk menjalani ujian HIV sebelum mereka berkahwin.

“Secara prinsipnya kita menyokong, namun ia melibatkan kos dan peruntukan sivil, kita memang bersetuju dan akan usahakannya,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 bagi kementeriannya di Persidangan Dewan Negara hari ini.

Dr Wan Azizah yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata perbincangan bagi memperluas kursus praperkahwinan kepada bakal pengantin bukan Islam dengan pihak berkaitan juga masih diteruskan.

Katanya setakat ini, hasil perbincangan dengan ‘interfaith council’, ahli mesyuarat menyambut baik cadangan ini, namun sebahagian daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) masih tidak mendapat kesepakatan untuk melaksanakannya secara seragam meliputi pelbagai bangsa dan agama.

“Usaha ini masih diteruskan oleh kementerian melalui LPPKN (Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara) menerusi cadangan secara rintis di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Cadangan awal ialah dengan mengkaji kandungan kursus, tempoh daripada dua hari ke separuh hari sahaja dan latihan yang diberikan kepada jurulatih daripada NGO yang berkelayakan,” kata Dr Wan Azizah.

Sementara itu, mengulas mengenai keterbukaan data jenayah seksual yang dibangunkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dr Wan Azizah berkata data itu tidak dipaparkan secara terbuka kerana dikhuatiri dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, beliau mengakui data seperti itu amat penting untuk diketahui oleh masyarakat umum agar semua pihak terutama wanita dapat bersedia dengan maklumat untuk melindungi diri serta mengelak daripada berada di dalam situasi yang mengundang bahaya.

Dalam pada itu Wan Azizah turut berkongsi perincian mengenai peningkatan bilangan wanita yang terlibat dalam pembuat dasar dan politik.

Katanya sehingga 14 Dis tahun ini, bilangan ahli lembaga pengarah wanita dalam syarikat menteri kewangan diperbadankan adalah 17.4 peratus atau 43 orang daripada keseluruhan 247 ahli lembaga pengarah yang dilantik

Berdasarkan senarai Bursa Malaysia sehingga Sept 2018, terdapat 23 peratus daripada 100 syarikat tersenarai awam tertinggi yang mempunyai wanita dalam senarai lembaga pengarahnya.

“Berdasarkan keputusan PRU (pilihan raya umum) ke-14 yang dikeluarkan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), rekod menunjukkan bilangan wanita sebagai ahli Dewan Rakyat adalah seramai 32 orang atau 14.41 peratus berbanding 23 orang iaitu 10.4 peratus sebelum ini.

“Sementara itu, bagi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun), data menunjukkan 62 orang wanita daripada 505 kerusi atau 12.8 peratus berbanding 58 orang atau 11.5 peratus sebelum ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: bukan Islamujian HIV
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RUU 355, RUU Kawalan Tak Sekat Kebebasan Beragama

06/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) dan RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin...

Bakar Tafsir Al-Quran Kecewa Kekasih Berubah Hati

15/06/2021
0

ALOR SETAR - Motif seorang lelaki bukan Islam yang membakar senaskhah tafsir al-Quran di belakang tandas awam berhampiran Tabung Haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd