Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Ugut Potong & Bakar...

KUANTAN - Tindakan seorang guru tahfiz wanita mencucuh api dan mengugut untuk memotong...

Geng Pecah Rumah &...

ALOR SETAR - Polis Daerah Kota Setar percaya dapat melumpuhkan sindiket pecah rumah...

Roman Abramovich Alami Simptom...

MOSCOW – Bilionair Rusia, Roman Abramovich dilaporkan menghidap gejala seperti diracuni selepas menghadiri...

Nasib 8 Juta Kenderaan...

IMEJ tipikal jalan raya di seluruh Malaysia sering kali diperlihatkan dengan kemunculan model...

KPKT Rangka Akta Bagi Pembangunan Rumah Ibadat

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merangka satu akta bagi memastikan rumah ibadat yang belum dibina mendapat kelulusan terlebih dahulu, kata Menterinya, Zuraida Kamaruddin.

Menurutnya, sekiranya akta berkenaan wujud, pihaknya akan membuat satu “by law” ataupun undang-undang kecil.

“Kita juga akan mengadakan satu “pembersihan” dari segi mendapatkan pendaftaran rumah ibadat dan kedudukan mereka di tanah sedia ada.

“Sekiranya kedudukan mereka (rumah ibadat) terletak di tanah yang tidak sepatutnya atau bukan milik mereka, kita harus mengambil tindakan untuk menasihati mereka agar keluar dari kawasan berkenaan,” katanya kepada media selepasa merasmikan mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perdagangan Islam Malaysia kali ke-25, di sini, hari ini.

Zuraida, yang juga Ahli Parlimen Ampang, berkata setiap pembangunan rumah ibadat harus melalui proses yang betul. – BERNAMA

Kategori