• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pandang Serius Isu Boleh Gugat Perpaduan Rakyat

oleh Cj Mnh
26/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan tegas kerajaan dan polis dalam menyelesaikan isu Kuil Sri Maha Mariamman, di USJ 25, Subang Jaya, pada 26 dan 27 November lepas membuktikan tiada kompromi dengan mana-mana pihak yang cuba memecah-belahkan perpaduan masyarakat majmuk di negara ini.

Pada 29 November, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu pembentangan khas di Dewan Rakyat menegaskan kerajaan akan memastikan keharmonian dan keamanan negara tidak diperlekehkan oleh sesiapa.

Perdana menteri memberi amaran kerajaan tidak akan bertolak ansur dan akan bertindak mengikut peruntukan undang-undang yang ada untuk memastikan perpaduan terjamin.

“Jika ada pihak yang melanggar undang-undang untuk kepentingan diri mereka sahaja, maka kerajaan yang mendukung prinsip ‘rule of law’, juga akan bertindak berdasarkan undang-undang,” katanya.

Pada hari yang sama, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata satu pasukan petugas khas ditubuhkan bagi menyiasat insiden rusuhan itu.

Gabungan pasukan dari Bukit Aman dan kontinjen polis Selangor di bawah ‘Op Seafield’ itu diketuai oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari pada 4 Disember berkata mana-mana pihak boleh mengemukakan cadangan masing-masing bagi menyelesaikan isu perpindahan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya dekat sini, namun penyelesaian itu harus bersifat mempertahankan prinsip kedaulatan undang-undang.

Beliau berkata sebagai ‘orang tengah’, kerajaan negeri akan mencari penyelesaian terbaik terhadap isu itu dan memastikan semua pihak terlibat berpuas hati dengan keputusan yang dicapai.

Sebelum itu, beliau berkata kerajaan negeri Selangor juga memberi jaminan tidak akan memindahkan atau merobohkan kuil berkenaan sehingga penyelesaian menyeluruh dicapai.

Pada 2 Disember, ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun dilapor telah memulakan kempen mengumpul dana bagi membeli tanah yang menempatkan kuil itu dan yakin pemilik tanah itu akan memberi kerjasama penuh terhadap usahanya itu.

Setakat 6 Disember, polis telah menahan 102 individu untuk siasatan berhubung kekecohan di kuil yang tercetus pada kira-kira pukul 2.30 pagi Isnin itu yang turut menyaksikan seorang anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, ​​​​cedera parah dipercayai akibat dipukul perusuh.

Bagaimanapun, setelah dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) selamat 21 hari, Muhammad Adib meninggal dunia pada 9.41 malam 17 Disember selepas keadaan kesihatannya terus merosot dan kritikal. – BERNAMA

Tags: KerajaanPerpaduan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd