• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesatuan Sekerja Perlu Bukan Sekadar Atur Piket

oleh
05/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Dr Mahathir Mohamad mahu kesatuan sekerja di negara ini meluaskan peranan termasuk menjadi penghubung di antara pekerja dan majikan, bukan lagi sekadar penganjur piket mendesak majikan menunaikan permintaan mereka.

Perdana Menteri berkata ini kerana seiring perkembangan semasa, keperluan pekerja dan majikan terhadap satu sama lain juga sudah berubah dan semakin kompleks.

“Sebagai perantara di antara pekerja dan syarikat, kesatuan sekerja yang dinamik amat penting,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Kesatuan Pekerja-pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad (Upus) ke-21, di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Pos Malaysia Berhad Datuk Mohammad Zainal Shaari dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Syed Md Najib Syed Md Noor serta pemangku Presiden Upus Ahmad Tarmizi Taib.

Beliau turut menegaskan pentingnya bagi kesatuan sekerja mengamalkan kesederhanaan serta bertoleransi dalam semua perkara agar dapat menjadi penghubung yang baik di antara pekerja dan majikan.

Pada masa sama, Dr Mahathir berkata kesatuan sekerja juga perlu peka dengan perubahan persekitaran termasuk teknologi yang berlaku dengan pantas agar ia dapat mengambil langkah wajar bagi memastikan pekerja yang diwakili tidak ketinggalan.

“Kesatuan sekerja harus berkeupayaan untuk memahami perubahan yang berlaku serta memainkan peranan untuk memastikan pekerja tidak tertinggal apabila teknologi dan perubahan mendadak berlaku,” katanya.

Pada majlis yang dihadiri 147 anggota Upus itu, Dr Mahathir turut memuji Pos Malaysia yang berjaya menjadi peneraju e-dagang selepas mengharungi pelbagai cabaran dan perubahan.

“Cabaran masa kini memerlukan kepada kepelbagaian sektor perkhidmatan dan perniagaan, dan Pos Malaysia saya percaya akan terus berinovasi untuk kekal relevan, ” katanya.

“Perkara ini juga menuntut barisan kepimpinan dan pekerja berubah demi kepentingan semua apatah lagi Pos Malaysia turut memainkan peranan dalam bersama-sama membina kemajuan negara,” katanya. Dr Mahathir turut memuji Upus yang disifatkan beliau sebagai sebuah kesatuan sekerja yang dominan dan berupaya mencorakkan keharmonian dalam perhubungan dengan syarikat.

“Dalam konteks Pos Malaysia, saya difahamkan Upus ditubuhkan pada 1959, menjadikannya kesatuan tertua di Malaysia,” katanya menambah kesatuan itu mempunyai hampir 7,000 anggota.

Dr Mahathir juga menyeru perwakilan yang hadir pada persidangan itu agar mengupas dan memperhalusi isu-isu berkaitan cabaran yang dihadapi industri pos di samping melahirkan idea-idea bernas bagi menambaik industri berkenaan. Sementara itu, Ahmad Tarmizi yang juga Naib Presiden Upus, berkata agenda utama persidangan ialah untuk mengukuhkan persefahaman di antara kesatuan sekerja Pos Malaysia dengan majikannya.

Beliau juga berkata dasar penswastaan yang diilhamkan Dr Mahathir semasa kali pertama menjawat jawatan perdana menteri, berjaya melahirkan pekerja berproduktiviti tinggi dan berdaya saing di Pos Malaysia. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd