• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Rusuhan Kuil: 21 Lagi Direman

oleh Cj Mnh
06/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan perintah reman selama dua hingga empat hari terhadap 21 lagi individu untuk membantu siasatan berhubung insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Isnin minggu lepas.

Majistret Nurshahirah Abd Salim mengeluarkan perintah reman itu bermula hari ini bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap kesemua suspek yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Kanun Keseksaan mengikut Seksyen 435 (khianat dengan api), Seksyen 148 (merusuh), Seksyen 427 (melakukan khianat) dan Seksyen 447 (pencerobohan jenayah) dan Seksyen 506 (ugutan jenayah).

Dua hari lepas, empat lelaki termasuk seorang pegawai keselamatan syarikat pemaju, One City Development Sdn Bhd (One City) yang terbabit dalam insiden kekecohan di kuil itu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan merusuh dengan menggunakan senjata berbahaya.

Sementara itu, dua lagi lelaki yang terlibat dalam insiden sama masing-masing dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan didenda RM5,000 atas tiga pertuduhan gagal mematuhi arahan bersurai, mengabaikan perintah polis yang menyelia lalu lintas di sekitar kawasan kuil berkenaan serta gagal mengemukakan kad pengenalan diri. – BERNAMA

Tags: DiremanRusuhan Kuil
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjawat Awam Direman Lima Hari Bantu Siasatan Minta Rasuah RM3,000

Penjawat Awam Direman Lima Hari Bantu Siasatan Minta Rasuah RM3,000

10/03/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang penjawat awam direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes dakwaan meminta rasuah RM3,000 sebagai...

Amang Seksual Cucu, Pesara Direman Tujuh Hari

Amang Seksual Cucu, Pesara Direman Tujuh Hari

05/02/2025
0

JASIN - Seorang warga emas direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap cucu perempuannya, lima...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd