• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kertas Kerja Perkasa KAFA Siap Mac Depan – Fuziah

oleh
01/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kertas kerja bagi memperkasa Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara dijangka siap pada Mac depan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

Katanya kertas kerja itu mengandungi antaranya cadangan bagi menjaga kebajikan guru KAFA selain menambah baik kemudahan sedia ada dan penyediaan prasarana lebih selesa.

“Saya sudah melakukan lawatan ke KAFA di Sabah dan Sarawak baru-baru ini dan saya lihat keadaan prasarana di sana sangat menyedihkan dan jauh ketinggalan berbanding KAFA di Semenanjung.

“Perkara ini telahpun saya bawa kepada pihak berkenaan di sana bagi tujuan penilaian semula keadaan prasarana demi keselesaan serta keselamatan pelajar dan guru,” katanya ketika merasmikan Majlis Berkhatan Perdana 2018 di Sekolah Agama Rakyat (SAR) KAFA Jaya Gading, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pegawai Khas Anggota Parlimen Kuantan Ahmad Azam Mohd Salleh

Fuziah yang juga Anggota Parlimen Kuantan, berkata agenda memperkasa KAFA menjadi keutamaan beliau selepas dilantik sebagai timbalan menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam.

Majlis hari ini yang dianjurkan secara bersama oleh kariah Masjid Kampung Jaya Gading, SAR KAFA Jaya Gading dan Ikram Health disertai 40 kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.

Bapa dua peserta program, Mohd Yusrie Umat, 37 ketika ditemui berkata dia bersyukur kerana program yang julung kali diadakan itu memudahkan ibu bapa untuk mengkhatankan anak mereka.

“Program ini dibiayai sepenuhnya oleh jawatankuasa masjid dan juga sumbangan daripada orang ramai, dan ini sekali gus dapat membantu keluarga yang kurang berkemampuan.

“Selain itu, saya turut merasa lega kerana anak-anak saya dapat berkhatan serentak dan segala proses berjalan lancar walaupun anak sedikit takut sebelum itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Fuziah Salleh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd