• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Persekutuan Lulus 11 Projek Infrastruktur Di Kedah

oleh Ahmad Albab
24/12/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan persekutuan melalui Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Kewangan telah meluluskan 11 projek infrastruktur untuk dilaksanakan dengan segera di seluruh Kedah.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata khabar gembira itu dimaklumkan kepadanya oleh kedua-dua kementerian tersebut melalui surat minggu lepas.

Katanya, antara projek yang diluluskan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi ialah pembinaan Dewan Serbaguna di Pokok Sena; pembinaan semula Masjid Muadzam Shah, dewan serta kerja-kerja berkaitan di Kuala Nerang; dan pembinaan sebuah masjid di Changlun.

“Projek lain yang turut diluluskan ialah peruntukan tambahan khas bagi menyiapkan sebuah dewan orang ramai di Taman Gurun Jaya, Gurun; pelaksanaan kerja-kerja tanah runtuh di Taman Selasih, Kulim; kerja baik pulih dan naik taraf masjid dan surau di Kedah; pembinaan semula Masjid Kampung Tong Pelu, Pedu; pembinaan Kompleks Perniagaan dan Bazar di Sungai Petani dan kerja baik pulih Masjid Permatang Gedong di Kuala Muda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mukhriz berkata Kementerian Kewangan pula telah meluluskan projek “Off-River Storage” (ORS) Sungai Merbok untuk membina menara tangki dan mengganti paip air di Merbok dan Tanjung Dawai serta kerja baik pulih Masjid Al-Fateh di Bandar Baharu.

Katanya, projek-projek yang diluluskan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi akan menggunakan peruntukan Projek Khas Unit Perancang Ekonomi yang disalurkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri manakala projek baik pulih Masjid Al-Fateh akan diselaraskan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah.

“Kesemua 11 projek ini akan dilaksanakan secara tender terbuka bagi memberikan nilai faedah terbaik dan penjimatan yang selaras dengan tatacara perolehan semasa yang berkuat kuasa tanpa menjejaskan kualiti kerja.

“Bagi mewakili kerajaan negeri dan rakyat Kedah, saya berterima kasih di atas perhatian dan keprihatinan kerajaan persekutuan di bawah Pakatan Harapan untuk meluluskan projek yang dilihat akan memberi manfaat yang besar kepada rakyat sekali gus menjamin kemakmuran negeri Kedah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mukhriz Tun MahathirKerajaan PH
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Isu tular melibatkan surat rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dalam bahasa Cina berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd