• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Negeri Sedia Bantu Keluarga Mangsa Kebakaran

oleh Ahmad Albab
12/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan negeri Perak akan menghulurkan segala bantuan yang perlu kepada keluarga enam mangsa yang maut dalam kebakaran di sebuah rumah kedai dua tingkat di kawasan perindustrian Puncak Jelapang Maju, Meru, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri Dr Abdul Aziz Bari berkata antaranya ialah kerajaan negeri akan menanggung kos pengurusan jenazah.

“Saya dimaklumkan bahawa keluarga mangsa sudah melakukan persediaan untuk pengebumian, jadi pihak kerajaan negeri akan menanggung segala kos berhubung pengebumian.

“Kebetulan lima mangsa adalah dari kawasan Dewan Undangan Negeri (Tebing Tinggi) saya, jadi buat masa ini kita akan uruskan kos dan bantuan yang lain kita akan bincang dengan keluarga kemudian,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini hari ini.

Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC Yahaya Abd Rahman berkata dalam kejadian kira-kira 1.54 tengah hari itu, kesemua mangsa ditemui dalam keadaan rentung.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat. – BERNAMA

Tags: ExcoMangsa Kebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jalaluddin Alias Hadir Istiadat Angkat Sumpah 10 EXCO Negeri Sembilan

Jalaluddin Alias Hadir Istiadat Angkat Sumpah 10 EXCO Negeri Sembilan

07/08/2026
0

KUALA PILAH – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias hadir menyaksikan Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah...

EXCO Jawab Dakwaan Anwar, Kerajaan Johor Peruntukan RM172 Juta Jaga Rumah Rakyat

EXCO Jawab Dakwaan Anwar, Kerajaan Johor Peruntukan RM172 Juta Jaga Rumah Rakyat

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor tampil menjawab kenyataan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd