• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pas Perjalanan Tanpa Had My100 Dan My50

oleh
01/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan melancarkan pas perjalanan tanpa had My100 dan My50 sebagai langkah mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kemudahan itu yang akan bermula di Lembah Klang pada 1 Januari 2019, turut akan diperluaskan ke negeri lain pada masa akan datang.

“Sebagai percubaan kita akan mula di Kuala Lumpur supaya kita dapat tahu sekiranya ada kelemahan untuk diperbetulkan.

“Ini yang jadi pemikiran Pakatan Harapan untuk mengurangkan beban rakyat agar mereka boleh nikmati kehidupan lebih sempurna,” katanya pada majlis pelancaran pas My100 dan My50 di KL Sentral, hari ini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Pelanco­ngan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi.

Dr Mahathir berkata pengenalan pas perjalanan itu juga sebagai inisiatif kerajaan ke arah mengalakkan budaya sistem transaksi tanpa wang (cashless society) yang antara lain dapat mengekang gejala rasuah.

“Cash ni selalunya rasuah tapi cashless susah kita nak sogok rasuah kerana setiap perjalanan akan direkod supaya kita dapat tahu siapa yang menerima dan memberi.

“Kalau rasuah berleluasa di negara kita, apa juga kerja akan jadi mahal sebab perlu bayar kepada pihak-pihak tertentu untuk meluluskan sesuatu permintaan,” katanya.

Dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata seperti janji manifestonya Pakatan Harapan sentiasa berusaha mengurangkan kos sara hidup rakyat dan kerajaan terbuka menerima pandangan daripada mana-mana pihak untuk penambahbaikan atau cadangan.

Terdahulu, Dr Mahathir turut berkesempatan menaiki sistem transit aliran ringan LRT dari stesen Universiti ke KL Sentral bagi majlis pelancaran.

Langganan boleh dibuat menggunakan MyKad, MyKid dan MyTentera di kiosk dan fungsi Touch and Go bagi memastikan perkhidmatan itu hanya dinikmati oleh rakyat Malaysia sahaja.

Menerusi pas My100, pelanggan boleh menikmati semua perkhidmatan rel dan bas RapidKL termasuk Transit Aliran Massa ( MRT), LRT, Monorel, transit aliran bas BRT Sunway, bas RapidKL dan bas pengantara MRT tanpa had dalam tempoh 30 hari dengan hanya RM100.

Bagi pas My50 pula, penumpang boleh menaiki semua bas RapidKL dan bas pengantara MRT (tidak termasuk BRT) tanpa had sepanjang 30 hari dengan bayaran RM50.

Pada majlis pelancaran itu, 10 atlet dilantik sebagai duta untuk mempromosi penggunaan pas perjalanan itu.

Mereka ialah Datuk Nicol Ann David (skuasy), Cheong Jun Hoong (terjun), Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (atlet paralimpik), Goh Liu Ying (badminton), Syaidatul Afifah Badrul Hamidi (boling), Leong Mun Yee (terjun), Syakilla Salni Jefry Krisnan (karate), Welson Sim Wee Sheng (renang), Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik artistik) dan Julian Yee Zhi-Jie (figure skating). — BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pegawai Terlibat Kes Saman Cuai Proses Khatan Dipanggil

Next Post

Lelaki Disyaki Pecah Rumah, Cabul Di Kulim Ditahan

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

Next Post

Lelaki Disyaki Pecah Rumah, Cabul Di Kulim Ditahan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd