• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kempen Hari Hijab Sedunia 2019 Bermula

oleh
27/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GALAK… Kempen ‘Hari Hijab Sedunia 2019’ yang bertujuan menggalakkan wanita menyuarakan pilihan mereka memakai tudung, bakal dilancarkan, kata pengasas acara tahunan itu, Nazma Khan.

“#FreeInHijab adalah tanda pagar yang sangat diperlukan sekarang ini dalam menangani situasi global di mana wanita yang memakai hijab dilabelkan oleh media Barat sebagai tertindas dan secara simboliknya terpenjara.

“Melalui hashtag ini, wanita digalakkan untuk menyuarakan pilihan mereka memakai tudung, sekali gus menolak salah faham umum masyarakat,” kata Nazma dalam temu bual eksklusif bersama agensi berita Turki, Anadolu.

Hari Hijab Sedunia dimulakan pada 2013 menggalakan wanita daripada semua agama dan latar belakang memakai hijab menyokong wanita Islam. Ia disambut secara besar-besaran di seluruh dunia pada 1 Februari setiap tahun.

Pada 2017, World Hijab Day menjadi sebuah pertubuhan yang tidak berasaskan kepada keuntungan, dengan misi khas untuk tentang segala diskriminasi terhadap wanita Muslim, menerusi kesedaran dan pendidikan.

Nazma berkata, moto bagi Hari Hijab Sedunia 2019 ialah ‘Memecah Stereotaip, Menghapus Sempadan’, di mana kempen tersebut juga termasuk usaha promosi pertubuhan berkenaan secara global.

Menceritakan sebab mengadakan kempen terbabit, beliau berkata, ianya tercetus selepas pengalaman dilalui dirinya dengan memakai hijab dan membesar di New York, kota raya terbesar di Amerika Syarikat.

“Saya sentiasa dibuli ketika berada di sekolah menengah atau tinggi. Tahap diskriminasi terhadap pelajar Islam memuncak selepas peristiwa 9/11 (serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia pada 11 September 2001).

“Setiap hari saya harus berdepan cabaran berbeza ketika jalan di lorong, saya dikejar, diludah, dipanggil pengganas dan sebagainya,” katanya sambil menyatakan kejadian itu amat dahsyat dan tidak mahu orang lain mengalaminya.

Katanya, wanita yang memakai tudung selama satu hari sebagai tanda solidariti akan memberikan idea mengenai perkara-perkara yang dihadapi oleh golongan wanita Islam yang perlu memakai hijab setiap hari.

“Lagipun, mungkin pengalaman sehari ini akan menjadikan mereka berpendapat hijab adalah berbeza,” katanya.

Nazma berkata, terdapat banyak penghargaan dalam tempoh lima tahun lalu, antaranya ialah pengiktirafan Hari Hijab Sedunia oleh New York pada 2017.

Pada tahun yang sama, Dewan Perwakilan Britain menganjurkan acara sempena sambutan Hari Hijab Sedunia, di mana Perdana Menteri, Theresa May juga hadir, katanya.

Tahun ini, Parlimen Scotland juga menjadi hos kepada pameran tiga hari untuk sambutan itu, manakala Filipina pula mengiktiraf 1 Februari sebagai Hari Hijab Kebangsaan.

“Dengan pengiktirafan oleh badan kerajaan, pergerakan ini terus berusaha untuk mengurangkan diskriminasi gender,” kata Nazma. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: hijab
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Yuna Pernah Disuruh Tanggal Tudung

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi popular Yuna mendedahkan dia pernah diminta membuka hijab oleh segelintir pihak ketika di awal kemunculannya dalam...

“Saya Cina Tapi Saya Suka Berhijab”

23/10/2019
0

"SAYA Cina tapi saya suka berhijab." Ciapan pemilik Twitter @jiaqing28512216 tular di media sosial apabila dia mencuri perhatian netizen kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd