• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Pertimbang Gabung Anak Syarikat Elak Kerugian

oleh Cj Mnh
03/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah tidak menolak kemungkinan menggabungkan mana-mana anak syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI Kedah) yang menjalankan operasi hampir sama sebagai langkah untuk mengelak kerugian.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata kerajaan negeri akan terlebih dahulu menjalankan audit dalaman dalam masa terdekat ke atas setiap anak syarikat MBI Kedah dan mengenal pasti masalah dihadapi.

“Kita akan buat audit dalaman di peringkat kerajaan negeri terhadap semua anak syarikat untuk mengenal pasti puncanya dahulu, selepas itu baru kita tentukan tindakan seterusnya sama ada meneruskan, menggabungkan atau menutup sesebuah anak syarikat tersebut.

“Saya lihat, kemungkinan gabungkan anak syarikat itu lebih tinggi. Kalau gabung mungkin anak syarikat buat operasi sama yang tidak membawa keuntungan kepada kerajaan negeri, sebab itu kita gabung untuk elak kerugian,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 hari ini, yang menegur syarikat Kedah Agro Holdings berikutan kedudukan kewangannya kurang stabil selepas mencatat kerugian sebelum cukai selama dua tahun berturut-turut, pada 2015 dan 2016.

Laporan berkenaan turut menyebut pengurusan aktiviti Kedah Agro Holdings adalah kurang cekap dan berkesan kerana pengurusan aktiviti syarikat usahasama dan kedudukan kewangan syarikat subsidiari kurang memuaskan selain amalan tadbir urus anak syarikat tersebut juga kurang memuaskan.

Dr Ismail berkata kerajaan negeri juga sedar masalah dihadapi beberapa anak syarikat di bawah MBI Kedah yang diwarisi kerajaan terdahulu termasuk kepincangan berlaku sehingga menyebabkan kerugian berjuta ringgit.

Terdahulu, beliau merasmikan Program Komuniti McDonald’s 2018 Peringkat Kedah ‘Kembali ke Sekolah’, dan 1,250 pelajar dari seluruh negeri ini dipilih untuk menerima satu set pakaian seragam sekolah, kasut dan beg sekolah sebagai persediaan menghadapi sesi persekolahan tahun depan.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata McDonald’s turut menjalankan program perintis Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) yang menyediakan peluang kepada belia daripada golongan asnaf mengikuti program latihan berkaitan pengurusan selama 18 bulan.

“Hari ini, 30 belia menerima surat lantikan untuk menyertai SLDN bagi membolehkan mereka mendapat latihan dalam industri di McDonald’s dan selepas menamatkan program tersebut, mereka layak untuk bekerja di mana-mana 270 restoran McDonald’s di seluruh negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kerajaan Kedahkerugian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pesawah padi yang didakwa paling terkesan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd