• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KBS Sedia Ikut Saranan Ketua Audit Negara

oleh Ahmad Albab
04/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia melaksanakan saranan Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad supaya Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) menyiasat isu punitif yang membabitkan kementerian itu.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata kementeriannya mengambil serius dengan teguran dan cadangan audit sebelum pihaknya memperhalusi setiap isu satu persatu.

“Kita bersedia mengikut semua saranan Dr Madinah supaya dapat memastikan KBS bebas dari segala ketirisan.

“Sekiranya wujud salah laku kita akan laporkan dan ambil tindakan susulan. KBS akan pastikan budaya integriti akan terus diangkat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi sidang media selepas merasmikan Majlis Perundingan Belia Negara Penggal Ke-31 bagi 2017-2018, di sini, hari ini.

Semalam, Madinah berkata, berdasarkan Laporan Audit Negara 2017 Siri 2 semalam, pihaknya mengesyorkan PAC untuk menyiasat KBS dan Kementerian Pengangkutan susulan wujudnya isu punitif (perbuatan mengenakan hukuman) dalam kementerian itu.

Sementara itu, Syed Saddiq berkata, KBS akan meneliti keperluan menutup sementara Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil (KSNBJ) yang dilaporkan mempunyai isu keselamatan bangunan seperti didedahkan menerusi Laporan Ketua Audit, semalam.

“KBS akan berbincang berhubung perkara ini (penutupan sementara) dalam masa terdekat,” katanya ringkas apabila ditanya mengenai kemungkinan KSNBJ akan ditutup selepas pendedahan itu.

Menerusi Laporan Ketua Audit semalam, sebanyak 2,365 kecacatan kerja dilaporkan pada KSNBJ bermula November 2017 sehingga Mac tahun ini, sejak kompleks itu dinaik taraf untuk menganjurkan Sukan SEA dan Para Asean 2017.

Sebanyak 98.4 peratus (2,328) daripada kecacatan itu belum diambil tindakan walaupun melebihi 90 hari selepas projek itu dilaksanakan di bawah kaedah Perkongsian Awam-Swasta (PPP) secara pertukaran tanah. – BH ONLINE

Tags: KBSKetua Audit NegaraSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

30/09/2025
0

CYBERJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menunggu keputusan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman...

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

19/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), untuk menjadikan e-sukan sebagai kursus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd