• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KBS Bincang Tutup Sementara Kompleks Sukan

oleh Cj Mnh
04/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan meneliti keperluan untuk tutup sementara Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil (KSNBJ) susulan isu keselamatan bangunan itu yang didedahkan menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2.

Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kementeriannya sudah mengambil maklum berhubung laporan audit yang dikeluarkan semalam.

“Saya perlu berbincang dengan pengurusan KBS,” katanya ringkas apabila ditanya berhubung kemungkinan kompleks sukan itu ditutup sementara waktu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang III Penggal Ke-31 Tahun 2017-2018 di Pusat Belia Antarabangsa dekat Cheras, hari ini.

Laporan audit itu mendedahkan sebanyak 2,365 kecacatan kerja dilaporkan pada KSNBJ bermula Nov 2017 sehingga Mac tahun ini, sejak kompleks itu dinaiktaraf untuk menganjurkan Sukan SEA dan Para ASEAN 2017.

Laporan itu menyatakan sebanyak 98.4 peratus (2,328) daripada kecacatan itu belum diambil tindakan walaupun telah melebihi 90 hari selepas projek itu dilaksanakan di bawah kaedah Perkongsian Awam-Swasta (PPP) secara pertukaran tanah.

Pusat Akuatik Nasional menunjukkan kecacatan paling tinggi, iaitu sebanyak 804, diikuti Stadium Putra yang kini dikenali sebagai Axiata Arena (751). Komponen elektrikal menunjukkan kecacatan tertinggi dengan 45.4 peratus (1,073) kecacatan daripada jumlah keseluruhan.

Bagi mengatasi masalah itu, laporan itu mengesyorkan KBS dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengenal pasti kecacatan semasa Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) dan melaksanakan pemantauan berterusan terhadap kerja pembaikan bagi memastikan kualiti kerja terjamin.

KBS dan PSM juga diminta untuk memastikan masalah sistem penggera kebakaran diatasi dengan segera dan bertindak dengan segera untuk mendapatkan Sijil Perakuan Bomba bagi KSNBJ, selain mewujudkan jawatan pegawai keselamatan. – BERNAMA

Tags: KBSKSN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

30/09/2025
0

CYBERJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menunggu keputusan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman...

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

19/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), untuk menjadikan e-sukan sebagai kursus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd