• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Kedah Rampas Rokok Seludup Bernilai Hampir RM4 Juta

oleh Cj Mnh
12/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah merampas 4.7 juta rokok putih bernilai hampir RM4 juta termasuk cukai selepas menahan tiga lori di kawasan parkir Hentian Sebelah Sungai Buloh (arah Selatan), Lebuh Raya Utara Selatan, Sabtu lalu.

Pengarahnya, Datuk Johari Alifiah berkata pihaknya turut menahan dua lelaki tempatan berusia 34 dan 49 tahun yang disyaki pemandu lori itu, manakala seorang lagi pemandu berjaya melarikan diri.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Kastam dari Cawangan Alor Setar telah berjaya menahan tiga lori bermuatan rokok itu secara serentak pada pukul 6.30 pagi yang didapati mempunyai setem cukai palsu dan disyaki tidak berkastam.

“Kesemua rokok yang dimuatkan dalam tiga lori itu berjumlah lebih 4.7 juta batang dan melibatkan anggaran nilai kastam RM712,500 serta jumlah keseluruhan duti dan cukai dianggar lebih RM3.2 juta,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata semua rokok buatan negara luar berjenama ‘Concept’ itu dipercayai untuk pasaran tempatan, namun pihaknya masih menyiasat dari mana ia dibawa masuk kedalam negara, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

“Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barangan dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barangan atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – BERNAMA

Tags: JKDMRokok Seludup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JKDM Selangor Patah Empat Cubaan Seludup Keluar Dadah Bernilai RM2.61 Juta

JKDM Selangor Patah Empat Cubaan Seludup Keluar Dadah Bernilai RM2.61 Juta

14/06/2025
0

SHAH ALAM: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor mematahkan empat cubaan menyeludup keluar dua jenis dadah dianggarkan seberat 22,348 gram...

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

05/06/2025
0

Butterworth: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 86,086 unit peranti rokok elektronik (vape) dan 996.5 liter cecair bernilai lebih RM5.14...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd