• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Dibekal Alat Pengimbas Canggih Untuk Tangani Penyeludupan

oleh Ahmad Albab
23/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Kerajaan akan membekalkan beberapa buah alat pengimbas yang canggih bernilai RM700 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi membendung aktiviti penyeludupan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata JKDM memerlukan peralatan canggih berkenaan bagi menangani aktiviti penyeludupan yang telah menyebabkan kerajaan kehilangan berbilion ringgit setiap tahun.

Beliau berkata kerajaan merancang untuk meletakkan 55 alat pengimpas kargo yang dianggarkan bernilai RM12 juta sebuah di semua pelabuhan.

“Selain itu, lapan buah alat pengimbas bagasi dan enam alat pengimbas badan juga akan dibekal di semua lapangan terbang di seluruh negara pada penghujung tahun hadapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Serbaguna Kastam di Perumahan Kastam di sini hari ini.

Lim berkata kerajaan tidak semestinya membeli kesemua peralatan pengimbas tersebut tetapi akan menggunakan kaedah lain seperti sewa pajak bagi mengurangkan perbelanjaan.

“Kalau beli, kita akan buat secara tender terbuka kerana anggaran kos keseluruhan untuk kesemua alat pengimbas itu adalah RM700 juta,” katanya.

Beliau berharap dengan adanya peralatan pengimbas yang canggih ini, hasil kutipan cukai kerajaan akan meningkat.

Sementara itu, Lim yang juga Anggota Parlimen Bagan berkata kerajaan telah kehilangan hampir RM5 billion setahun akibat aktiviti penyeludupan rokok.

Katanya, disebabkan itu, penguatkuasaan aktiviti penyeludupan rokok telah ditingkatkan dengan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM500,000.

“Oleh itu, saya ingin menasihatkan semua peniaga supaya tidak terlibat dengan aktiviti penyeludupan rokok atau menjual rokok tanpa duti agar mereka tidak dikenakan tindakan,” katanya. – BERNAMA

Tags: KastamLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

26/06/2026
0

BUTTERWORTH - Program promosi besar-besaran jualan daging babi sempena Pesta Duanwu akan terus dianjurkan bagi membolehkan rakyat Pulau Pinang membeli...

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

21/06/2026
0

PULAU PINANG - "Jika menjual daging babi dianggap satu kesalahan, adakah semua peniaga daging babi di pasar turut melakukan kesalahan?"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd