• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Karnival Upin & Ipin 2018’ Mulai 20 Dis Di Maeps, Serdang

oleh
14/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Karnival kanak-kanak terbesar Malaysia, ‘Karnival Upin & Ipin’ akan berlangsung mulai 20 hingga 23 Dis ini di MAEPS, Serdang.

Karnival bertemakan ‘Upin & Ipin dan Kawan-Kawan’ itu akan menjadi pentas pelancaran filem animasi terkini Les’ Copaque Production Sdn Bhd, “Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal”, yang akan menemui peminat di pawagam, pada 21 Mac 2019.

Les’ Copaque Games Development Inc akan turut menampilkan filem tersebut dalam bentuk permainan aplikasi, menurut Les’ Copaque Production satu kenyataan di sini.

Pengunjung boleh menyaksikan pertunjukan pentas yang melibatkan hampir 20 maskot dalam pelbagai pertunjukan seperti “Upin, Ipin dan Kawan-Kawan”, “Pada Zaman Dahulu”, “Puteri”, “Upin & Ipin Muzikal” serta pertunjukan pentas aksi “Ultraman Ribut” yang dibawakan khas dari Jepun.

Bagi pengumpul medal pula, mereka boleh menyertai aktiviti bagi mendapatkan kesemua medal Upin, Ipin, dan Kawan-kawan yang hanya boleh didapati secara eksklusif di karnival ini, katanya.

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti riadah yang sesuai untuk seisi keluarga seperti mengembara di dalam rumah misteri, bergaya seperti puteri, meneroka hutan rimba bersama penghuni hutan, bermain papan permainan besar dengan karakter DaDuDiDo serta melawat ‘Rumah Opah’ dan ‘Tadika Mesra’.

Menurut kenyataan itu, ‘Upin & Ipin Fun Run’, acara larian yang julung kali diadakan akan berlangsung pada 23 Dis dan peserta akan mendapat medal serta beg jerut Upin atau Ipin dengan hadiah istimewa. Acara itu dengan kerjasama Milo dan UI Trading.

Penaja utama karnival itu ialah Bank Rakyat, UniFi dan Tourism Malaysia manakala Astro sebagai rakan media.

Tiket boleh didapati di http://karnivalupinipin.com. – BERNAMA

Tags: Karnival Upin & Ipin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Karnival Upin & Ipin Dalam Kalendar Pelancongan

24/11/2017
0

SERDANG - Karnival Upin & Ipin akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan negara bagi menarik peminat animasi berkenaan dari seluruh dunia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd