Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Jodoh Tak Panjang.. Raja...

Manusia hanya mampu merancang, namun tuhan yang menentukan. Setelah lebih beberapa bulan kisah...

Gangguan Bekalan Air Di...

GEORGE TOWN – Beberapa kawasan di sepanjang Jalan Sungai Dua hingga Jalan Pekaka...

Azizulhasni Berjaya Lunas Dendam...

NILAI – Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang berjaya menebus kekecewaan meraih...

Goldman Sachs Bebas Tuduhan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan Goldman...

Kanak-Kanak Minta Posmen Hantar Kad Hari Jadi Ke Syurga

LONDON – Sepucuk kad hari jadi kiriman seorang kanak-kanak lelaki kepada mendiang bapanya di ‘syurga’ mendapat perhatian syarikat perkhidmatan pos Britain, Royal Mail yang telah memberi maklum balas menyentuh perasaan.

Kanak-kanak berkenaan, Jase Hyndman, 7, menulis kirimannya: “Encik Posmen, bolehkah awak hantar kad ini ke syurga sempena hari jadi bapa saya.”

Beberapa hari kemudian, seorang pegawai Royal Mail, Sean Milligan membalas surat itu dengan ucapan: “Ini adalah cabaran yang sukar kerana kami perlu mengelak bintang dan objek galaksi lain untuk menuju ke syurga. Namun, yakinlah surat penting ini telah dihantar.”

Ibu kanak-kanak itu, Teri Copland kemudian memuat naik gambar surat tersebut di Facebook dan ia dikongsi lebih 260,000 kali.

Copland dalam mesejnya di laman sosial itu berkata, dia tidak dapat menggambarkan betapa gembira anaknya mengetahui bapanya telah menerima kad tersebut dan memuji tindakan pegawai Royal Mail berkenaan. – AP/BH ONLINE

Kategori