• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jualan Tiket Final Kedua Piala AFF Suzuki Bermula Hari Ini

oleh Cj Mnh
10/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyokong skuad Harimau Malaya boleh membeli tiket final kedua Piala AFF Suzuki 2018 di antara Malaysia dan Vietnam di Hanoi pada Sabtu ini, bermula hari ini sehingga Rabu.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Michael Ramalingam dalam satu kenyataan berkata sebanyak 3,000 keping tiket pada harga RM43 sekeping disediakan untuk penyokong Malaysia menyaksikan perlawanan yang akan berlangsung di Stadium My Dinh itu.

Sepak mula perlawanan adalah pada 7.30 malam (waktu Vietnam).

Stuart berkata peminat tempatan yang mahu membeli tiket perlawanaan itu perlu memilih jumlah tiket yang ingin dibeli dan membuat pembayaran penuh ke akaun Bank Islam – FOOTBALL ASSOCIATION OF MALAYSIA dengan nombor akaun 12131010006121 serta menyimpan slip pembayaran.

Peminat yang sudah membeli tiket berkenaan perlu menghantar e-mel butiran peribadi iaitu Nama Penuh, Nombor MyKad, Nombor Telefon, Jumlah Tiket dan melampirkan bersama slip pembayaran ke e-mel [email protected].

Beliau memaklumkan FAM akan membalas e-mel berkenaan bagi mengesahkan penerimaan wang pembelian tiket tersebut.

Stuart berkata peminat boleh menebus tiket berkenaan di Hanoi pada Jumaat dan Sabtu (14-15 Dis) dan mereka akan dihubungi oleh wakil FAM di sana bagi urusan penebusan tiket.

“Penebusan tiket itu hanyalah untuk penyokong Malaysia yang membeli tiket menerusi FAM.

“Sebarang pembelian tiket melalui FAM bagi perlawanan ini selepas 11.59 malam pada Rabu, 12 Dis tidak akan diproses,” tegas Stuart.

Beliau berkata FAM berharap inisiatif yang dilakukan sejak aksi sulung di tempat lawan bertemu Kemboja di Phnom Penh dan diteruskan sehingga ke final kedua itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penyokong Harimau Malaya yang akan terbang ke Hanoi nanti.

Malaysia akan melayan kunjungan Vietnam pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 8.45 malam esok. – BERNAMA

Tags: Axiata ArenaPiala Suzuki AFF
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Piala Suzuki AFF: Cheng Hoe Gesa Tiada Kesilapan Mudah Bertemu Vietnam

12/12/2021
0

KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, menuntut pemain negara agar tidak melakukan kesilapan mudah sewaktu berdepan Vietnam dalam aksi...

Axiata Kembali Rancang IPO Edotco

27/02/2019
0

KUALA LUMPUR: Axiata Group Bhd mengkaji semula untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) terhadap anak syarikatnya, edotco Group Sdn Bhd,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd