• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JIM Mahu Majikan Gaji PATI Terima Hukuman Berat

oleh
28/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berharap pihak Mahkamah dapat menjatuhkan hukuman lebih berat termasuk hukuman sebat ke atas majikan yang menggaji Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata hukuman sebat sememangnya sudah termaktub dalam Akta Imigresen 1959/63 khususnya kepada pesalah iaitu majikan yang menggaji lebih enam orang PATI.

Beliau bekata berdasarkan rekod sepanjang dua tahun ini, daripada lebih 1,400 majikan dihadapkan ke Mahkamah hanya tiga pesalah dikenakan hukuman sebat.

“Orang mungkin akan kata kejam untuk menjatuhkan hukuman sebat kepada pesalah berkenaan, namun ia amat perlu sekiranya dilihat dari aspek keselamatan dan kedaulatan negara. Kita tidak akan berkompromi dalam perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas program Perhimpunan Setia Berjasa JIM Sabah di sini.

Sementara itu, Mustafar berkata sehingga semalam pihaknya telah melaksanakan 14,500 operasi di seluruh negara sejak awal tahun ini dan menahan lebih 47,000 PATI.

“Untuk Sabah 1,371 operasi dijalankan sejak awal tahun sehingga semalam dengan tangkapan seramai 4,800 Pati dan 62 majikan yang disyaki menggajikan PATI,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustafar Ali
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perak Wujud Institusi Golongan Rentan, Wanita

Next Post

Sivarraajh Tidak Layak Tanding PRK Cameron Highlands

Related Posts

Mustafar Ali Dilantik Ketuai NFCC

01/01/2019
0

PUTRAJAYA - Datuk Seri Mustafar Ali, yang bersara sebagai Ketua Pengarah Imigresen hari ini, akan mengetuai Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan...

63,000 Warga Asing Disekat Masuk Ke Malaysia

01/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menyekat kemasukan kira-kira 63,000 warga asing ke negara ini atas beberapa kesalahan...

Next Post

Sivarraajh Tidak Layak Tanding PRK Cameron Highlands

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd