• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

63,000 Warga Asing Disekat Masuk Ke Malaysia

oleh
01/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menyekat kemasukan kira-kira 63,000 warga asing ke negara ini atas beberapa kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 termasuk mereka yang mempunyai rekod jenayah dan telah disenaraihitam sejak 1 Jan tahun ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata tiada jaminan bahawa warga asing yang telah mendapat eVisa dan eEntri melalui talian boleh terus masuk ke negara ini kerana tapisan dan semakan turut dibuat di semua 137 pintu masuk darat, air dan udara negara.

“Saya ingin jelaskan eVisa yang dikeluarkan oleh Imigresen dan vendor yang terlibat dalam aspek mentadbir urus eVisa dan eEntri bukan syarat mendatori atau membolehkan mereka masuk begitu sahaja.

“Kita (JIM) teliti juga sama ada mereka itu telah disenarihitam atau ada rekod jenayah dan sebagainya, maka di pintu masuklah kita akan membuat tindakan Menolak Kemasukan (Not To Land – NTL),” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata mereka yang dikenakan tindakan NTL akan diarahkan kembali semua ke negara asal apabila tiba di pintu masuk negara.

Menurutnya, pihak JIM turut bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk berkongsi maklumat perisikan melibatkan warga asing yang mempunyai rekod jenayah ataupun terbabit dalam sebarang kegiatan keganasan yang boleh mengancam keselamatan negara.

“Melalui sistem yang kita ada sekarang, kita boleh lihat mereka yang mempunyai rekod senaraihitam dan bermacam sebab seperti guna pas lawatan sosial tapi masuk ke Malaysia untuk bekerja,” katanya.

Pada 15 Nov lalu pihak PDRM memaklumkan tentang kelemahan dalam sistem eVisa di JIM yang menyebabkan mereka yang disenaraihitam dan dengan rekod jenayah turut diberi kelulusan masuk ke negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata kelemahan itu memberi ancaman besar kepada negara dan pihaknya akan mengambil tindakan susulan berhubung pendedahan sebuah akhbar tempatan semalam.

Dalam pada itu Mustafar berkata sejak 1 Jan hingga hari ini seramai 45,000 Pendatang Asing Tanda Izin (PATI) telah ditahan kerana pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustafar Ali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mustafar Ali Dilantik Ketuai NFCC

01/01/2019
0

PUTRAJAYA - Datuk Seri Mustafar Ali, yang bersara sebagai Ketua Pengarah Imigresen hari ini, akan mengetuai Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan...

JIM Mahu Majikan Gaji PATI Terima Hukuman Berat

28/12/2018
0

KOTA KINABALU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berharap pihak Mahkamah dapat menjatuhkan hukuman lebih berat termasuk hukuman sebat ke atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd