• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Tun Abdullah Ayub Selamat Dikebumikan

oleh
13/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jenazah bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Abdullah Ayub selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini pada pukul 3 petang tadi.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara di sini, yang diasaskan Allahyarham sendiri, selepas solat zohor.

Allahyarham yang berusia 92 tahun meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada pukul 1.33 pagi tadi.

Allahyarham Abdullah dimasukkan ke IJN pada 4 Dis lepas kerana masalah jantung biasa. Bagaimanapun, beliau diserang strok pada 5 pagi Jumaat lalu (7 Dis).

Menurut anak ketiga Allahyarham, Mohamed Aznam Tun Abdullah, 66, arwah bapanya merupakan seorang yang merendah diri.

“Allahyarham juga sentiasa mengutamakan kepentingan bangsa dan negara. Banyak jasa beliau kepada bangsa dan negara sehingga hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di tanah perkuburan itu.

Katanya isteri pertama Allahyarham, Puteh Rafeah Arifin meninggal dunia pada 2001.

Allahyarham dikurniakan lapan anak yang mana empat daripadanya telah meninggal dunia, 15 cucu dan 10 cicit.

Sementara itu, isteri Allahyarham Toh Puan Anna Abdul Ranee berkata arwah suaminya merupakan seorang yang serius namun suka bergurau.

“Allahyarham seorang yang teliti dalam tugasnya dan ketika membuat sesuatu keputusan.

“Tun Abdullah juga seorang yang baik hati dan tidak suka mendengar khabar angin tanpa usul periksa,” katanya.

Dilahirkan pada 3 Jan 1926 di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Perak, Allahyarham menjadi Ketua Setiausaha Negara pada 1 Jan 1979 sehingga penghujung November 1980. – BERNAMA

Tags: Tun Abdullah Ayub
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tun Abdullah Ayub Meninggal Dunia

13/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Abdullah Ayub, 92, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd