• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jasa Rakyat Beri Kemenangan PH Mesti Dihargai

oleh
07/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pemimpin dan anggota parti Pakatan Harapan (PH) mesti menghargai jasa dan budi rakyat yang berani melakukan perubahan luar biasa dengan memilih dan memberi kemenangan kepada pakatan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu untuk menerajui pentadbiran negara ini.

Sehubungan itu, Pengerusi PH Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata cara untuk menunjukkan kepimpinan dan anggota PH menghargai rakyat adalah dengan berkhidmat sebaik mungkin kepada mereka.

“…yang layak terima penghargaan setinggi-tingginya tidak lain dan tidak bukan adalah rakyat Malaysia, kerana dalam keadaan senyap, dalam keadaan tidak menonjol tetapi terkesan dalam kempen pilihan raya kita, tanpa tunjuk sokongan terlalu terbuka, rupa-rupanya mereka sehati sejiwa dengan kita memberanikan diri buat keputusan memangkah dan mengundi calon PH,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Kepimpinan PH Kedah: Cabaran dan Harapan di Dewan Seri Mentaloon, yang turut disertai barisan exco kerajaan negeri serta kepimpinan keempat-empat parti dalam pakatan itu.

Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata konvensyen itu diadakan sebagai sebahagian daripada platform bagi kerajaan negeri menjelaskan kepada anggota PH mengenai sebarang tindakan yang sedang dan bakal dilakukan untuk menyelesaikan pelbagai isu berbangkit di negeri ini.

“Sekurang-kurangnya sebagai jentera parti di semua peringkat, wakil semua parti (dalam PH) boleh menghebahkan maklumat tepat mengenai apa keadaan sebenar di Kedah dan isu serta penyelesaian sedang dilaksanakan (kerajaan negeri) supaya maklumat di peringkat akar umbi itu disalurkan mengikut saluran betul…ini cara kita memenuhi, mengisi kemenangan,” katanya.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata masalah air di Kedah terus menjadi perhatian kerajaan negeri dengan sebarang projek berkaitan bekalan air akan dilaksanakan secara tertib dan berhemah menerusi tender terbuka supaya tidak berlaku pembaziran peruntukan kerajaan.

“Banyak isu kita terpaksa harungi, masalah air terkesan secara langsung dan tidak langsung…kita juga perlu ihsan kerajaan persekutuan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mukhriz Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Najib Sekolahkan Mukhriz

04/05/2021
0

Jika RM33b dana BNM tak lesap masa ayah kamu dan kesemua dimasukkan dalam tabung KWAN dengan purata pulangan 6.3% setahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd