• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Himpunan 812: Apandi Sedia Peguam, Panduan Peserta

oleh
05/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANTU… Tan Sri Apandi Ali, mengesahkan bahawa pejabat peguam beliau, Apandi Ali & Co di ibu negara akan beri khidmat bantuan guaman buat peserta Himpunan Bantah ICERD pada Sabtu ini.

Dalam mesej ringkas yang dihantar kepada portal tempatan Menara.my, beliau menyatakan komitmen jelas bahawa usaha dan tindakan ini merupakan daripada sumbangan dirinya kepada perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair.

Bagi tujuan perhubungan ketika berlaku kecemasan pada hari Himpunan 812 tersebut, dua nombor telefon berikut turut disediakan oleh firma Apandi untuk sebarang pertanyaan peserta iaitu  03-40506606 atau 03-40507606.

Dijangkakan ramai lagi peguam anti-Pakatan Harapan akan tampil ke hadapan dalam penyediaan khidmat sama kepada jutaan peserta perhimpunan secara aman tersebut yang berlangsung dari jam 2 petang sehingga 6 petang.

Berbeza dengan demonstrasi haram Bersih yang biadab hina laungan azan Zohor, peserta himpunan 812 akan mula berarak dari pelbagai lokasi berbeza di ibu kota usai selesai solat fardu Zohor secara berjemaah di masjid terdekat.

Malahan, peserta diminta memakai baju warna putih sebagai tema himpunan. Apandi turut maklum beberapa garis panduan awal berikut untuk dipatuhi dan berpesan supaya semua peserta tahu hak undang-undang mereka:

LAKUKAN:

SILA maklumkan seseorang bahawa anda menyertai perhimpunan

SILA bawa pen dan buku nota – untuk catat nama polis dan nombor IDnya dan soalan ditanya jika ditahan

SILA bawa pengenalan diri (Kad Pengenalan/Lesen Memandu) dengan anda setiap masa

SILA pakai topi dan kasut yang selesa

SILA gunakan pengangkutan awam – jalan ke tempat perhimpunan berkemungkinan telah tutup

SILA ikut arahan pihak penganjur

SILA berhimpun dalam keadaan tenang

SILA berkelakuan sivik dan berdisiplin

SILA bergerak di dalam bentuk kumpulan

SILA abaikan sebarang ejekan dan/atau gangguan daripada orang awam

SILA berkelakuan sopan sepanjang masa

SILA ajukan sebarang persoalan media kepada jurucakap. Ingat, tidak ada apa-apa yang “off the record”

SILA lapor sebarang perbalahan, tingkah laku tidak teratur atau ingkar undang-undang kepada Pihak Berkuasa

SILA kekal tenang sekiranya apa-apa perbalahan atau lain-lain gangguan berlaku

SILA beredar dari kawasan perhimpunan segera setelah tamat perhimpunan

DILARANG:

JANGAN bawa pisau ataupun apa-apa objek yang boleh dianggap sebagai senjata

JANGAN menakutkan, mengancam atau menghina sesiapa

JANGAN guna ayat berbaur penghinaan perkauman

JANGAN buat gangguan ketenteraman awam

JANGAN terlibat dalam pertengkaran atau dilihat sebagai ancaman terhadap orang awam

JANGAN buang sampah sekitar tapak perhimpunan

JANGAN cacatkan ataupun memusnahkan harta benda peribadi ataupun awam

Tags: Apandi AliICERD
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

5 Jurulatih, 12 Pemain Tidak Disambung Kontrak

Next Post

Walabi, Helang Merah ‘Keluarga Baharu’ Zoo Melaka

Related Posts

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

29/10/2022
0

Petikan Page Viral Posts (FB) ICERD merupakan sebuah konvensyen oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk memupuk kesetaraan kaum...

Tun M Persoal Mengapa Tiada Tindakan Terhadap Apandi

Tun M Persoal Mengapa Tiada Tindakan Terhadap Apandi

26/10/2022
0

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan mengapa sehingga kini tiada sebarang siasatan atau tindakan diambil...

Next Post

Walabi, Helang Merah 'Keluarga Baharu' Zoo Melaka

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd