• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasrat Buka Bisnes Lebur Ditipu Firma Kewangan ‘Hantu’

oleh Ahmad Albab
25/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Hasrat seorang pengasuh untuk memulakan perniagaan sendiri tidak kesampaian apabila diperdayakan syarikat pemberi pinjaman kewangan tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt. Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata mangsa yang berusia 34 tahun dari Lipis, dekat sini mendakwa syarikat itu mengiklankan perkhidmatannya di laman sosial Facebook.

Mangsa yang berhasrat meminjam wang sebanyak RM5,000 telah mengisi borang lengkap dengan butiran peribadinya pada 5.25 petang 3 Disember lepas, sebelum dihubungi ‘wakil’ syarikat itu selang lima minit kemudian.

“Suspek wanita yang menghubungi mangsa menawarkan pinjaman seperti jumlah yang diminta dengan bayaran bulanan RM165 selama 36 bulan yang dipersetujui mangsa.

“Mangsa bagaimanapun dimaklumkan perlu membuat bayaran pendahuluan atas pelbagai alasan, yang kononnya akan dipulangkan semasa suspek ke Lipis bagi menyerahkan dokumen perjanjian pinjaman,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir menambah akibat mempercayai suspek, mangsa telah membuat enam transaksi pemindahan wang ke dalam empat akaun berbeza antara 13 Disember sehingga semalam, yang kesemuanya berjumlah RM4,320.

Mangsa bagaimanapun enggan membuat bayaran seterusnya apabila suspek sekali lagi meminta bayaran RM2,000 semalam, sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis kerana berasa ditipu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: kes tipusyarikat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Bagasi Berisi RM500,000

MPBP Batal Lesen Operasi Syarikat Edar Stoking Kalimah Allah

21/03/2024
0

Batu Pahat: Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) membatalkan lesen operasi syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd yang terpalit dengan kontroversi...

Dua Syarikat Gagal Bayar SST Petroleum Berdepan Tindakan Undang-Undang

Dua Syarikat Gagal Bayar SST Petroleum Berdepan Tindakan Undang-Undang

19/08/2022
0

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap dua syarikat minyak dan gas yang gagal membayar cukai jualan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd