• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harimau Malaya Mampu Raih Keputusan Positif Di Hanoi

oleh
12/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe percaya pasukannya mampu menebus kekecewaan pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Hanoi, Sabtu depan, setelah sekadar seri 2-2 di tempat sendiri dalam aksi final pertama malam ini.

Cheng Hoe mengakui anak buahnya bermula baik dalam tempoh 10 minit perlawanan malam ini, sebelum hilang tumpuan sekali gus membolehkan Vietnam menjaringkan dua gol selepas 25 minit perlawanan, namun beliau optimis skuad negara mampu meraih keputusan positif pada aksi timbal balik di Hanoi itu.

“Secara keseluruhan kita bermain dengan baik tetapi kita ​​​​​​​membenarkan dua jaringan mudah pasukan lawan. Kita bermula baik sebelum pemain hilang tumpuan. Namun kita masih mempunyai 90 minit dan saya positif dan optimis untuk perlawanan di Hanoi,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.

Skuad Harimau Malaya bangkit daripada ketinggalan dua gol, sebelum pemain pertahanan Shahrul Mohd Saad menanduk masuk bola untuk gol pertama diikuti jaringan menerusi sepakan percuma menarik diambil ​​​​​​​Muammad Safawi Rasid untuk menyamakan kedudukan 2-2.

Sementara itu, Ketua jurulatih Vietnam Park Hang-Seo kecewa dengan keputusan perlawanan malam ini, walaupun pasukannya berjaya menjaringkan dua gol di tempat lawan.

“Saya agak kecewa dengan keputusan seri ini di tempat lawan, dan kita perlu melakukan lebih baik di Hanoi,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Safawi mengakui perlawanan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu merupakan aksi paling berintensiti tinggi bagi skuad negara sepanjang kempen Piala AFF Suzuki edisi kali ini.

“Saya merasakan perlawanan ini sengit dan kita juga bolos awal, jadi itu memberi sedikit tekanan.

“Tetapi kami berjaya menyamakan kedudukan dan saya gembira menjaringkan gol kedua hasil bantuan rakan sepasukan. Kita ada 90 minit lagi untuk cuba melakukan yang terbaik dan dapatkan keputusan positif,” katanya. – BERNAMA

Tags: Harimau MalayaTan Cheng Hoe
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TH Perlu Distruktur Semula Untuk Kembali Kepada Objektif Asal

Next Post

Pekerja Penghantar Makanan Kantoi Makan Makanan Pelanggan

Related Posts

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

Tunku Mahkota Ismail Garis Kriteria CEO Harimau Malaya

Tunku Mahkota Ismail Garis Kriteria CEO Harimau Malaya

27/12/2024
0

KUALA LUMPUR : Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) skuad Harimau Malaya jelas bukanlah individu yang calang-calang selepas Pemangku Sultan Johor, Tunku...

Next Post

Pekerja Penghantar Makanan Kantoi Makan Makanan Pelanggan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd