• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hak Asasi Malaysia 10 Tahun Awal Daripada ICERD

oleh
07/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DEDAH… Malaysia sememangnya tidak perlu ratifikasi konvensyen antarabangsa seperti ICERD kerana sejarah telah membuktikan bahawa negara ini telah lama amal prinsip hak asasi manusia.

Malah ia berlaku sebelum merdeka seawal 1955 lagi, sepuluh tahun sebelum Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) itu sendiri diperkenalkan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Bahkan rekod menunjukkan pemimpin Melayu dipimpin Ketua Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra telah murah hati menganugerahkan kewarganegaraan kepada puluhan ribu pendatang asing dari China dan India.

Fakta berkenaan dibangkitkan oleh mantan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Prof. Datuk Naser Disa, apabila berkomentar terbuka tentang rasional perlunya ICERD dibantah keras.

Malaysia ujarnya tidak perlu tunduk kepada satu konvensyen yang merugikan seperti dialami Tunisia dan Indonesia apabila kedua-dua negara Islam ini bebas amal perkahwinan silang agama kononnya atas nama hak asasi manusia.

Memetik contoh kepada etnik minoriti yang telah dianugerahkan warganegara beliau berkata, “Islam membolehkan mereka dapat kerakyatan. Malah seawal tahun 1955 mereka telah diberikan hak untuk mengundi dan berpolitik.

“Raja-Raja Melayu sendiri bermurah hati juga kerana faktor ajaran Islam,” kata Naser merujuk perakuan kontrak sosial antara pemimpin politik tanah air berbilang kaum dan agama bagi membolehkan negara dapat kemerdekaan.

Hakikatnya pada masa tersebut di Amerika Syarikat (AS) sendiri, penduduk keturunan pendatang kulit hitam dari benua Afrika masih dilayan sebagai warga kelas dua dan langsung tiada hak untuk mengundi pada pilihan raya.

Sejarah turut merekodkan hak untuk undi bagi etnik African American di negara kuasa besar dunia itu hanya tercapai apabila termeterainya Voting Rights Act pada tahun 1965 setelah diluluskan perwakilan Kongres AS.

Malah ia dicapai setelah beberapa peristiwa berdarah seperti Bloody Sunday yang dipopularkan menerusi filem berjudul Selma ditayangkan pada 2014 mengisahkan sejarah pejuang terkenal kulit hitam, Martin Luther King.

“Dan pada Disember 1965, yakni sepuluh tahun selepas anugerah kewarganegaraan Malaysia, barulah Konvensyen seperti ICERD diterima pakai pihak PBB dan kemudiaannya diratifikasi oleh lebih 100 buah negara anggota.

“Atas perikemanusiaan ajaran Islam itulah syiar Islam perlu didaulatkan. Yang di-Pertuan Agong juga telah bersumpah untuk terus pelihara kesucian Islam dan Perlembagaan Persekutuan demi kemaslahatan negara.

“Tetapi sebaliknya ICERD pula mengajak kita untuk langgar sumpah tersebut. Di mana kesetiaan kita kepada Raja dan Negara?”soal Naser dalam nada sinis terhadap pihak yang sokong konvensyen itu. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: ICERD
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

29/10/2022
0

Petikan Page Viral Posts (FB) ICERD merupakan sebuah konvensyen oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk memupuk kesetaraan kaum...

TMJ: Mahathir ‘Tak Jujur’ Dalam Isu Statut Rom, ICERD

16/12/2021
0

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak jujur dalam isu Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd