• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guardiola Tidak Akan Ubah Prinsip

oleh Ahmad Albab
30/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANCHESTER, England – Pep Guardiola menegaskan beliau tidak akan sesekali mengubah prinsip bola sepaknya sekalipun prestasi hambar Manchester City berterusan selepas tahun baharu.

Deretan tiga kekalahan dalam empat aksi terakhir Liga Perdana Inggeris menyaksikan skuad kendalian pengurus dari Sepanyol itu tergelincir ke tangga ketiga liga, sekali gus mencalarkan reputasi dan peluang City untuk mengekalkan kejuaraan yang diperoleh dengan pungutan rekod 100 mata musim lalu.

Kelab itu menanti kunjungan Southampton malam ini sebelum aksi penting menentang pendahulu Liverpool pada Khamis diikuti perlawanan Piala FA menentang kelab Liga Kejuaraan, Rotherham United tiga hari kemudian.

Liverpool ketika ini memiliki kelebihan 10 mata mengatasi City selepas membelasah Arsenal 5-1, awal pagi tadi.

Guardiola berkata, sekalipun City tewas tiga perlawanan berikutnya, beliau tidak akan mengendahkan corak permainan tekanan tinggi, prinsip hantaran pantas yang mencipta reputasi hebatnya sebagai jurulatih.

“Ia tidak akan berlaku. Ia tidak berlaku pada tahun pertama saya, ia tidak akan berlaku,” kata Guardiola. “Mengapa saya perlu melakukannya? Kerana saya tewas dua perlawanan? Tidak mungkin. Sudah pasti ia tidak akan berlaku.

“Perkara sama berlaku pada musim pertama saya apabila saya menjawab soalan ini, 10 atau 20 kali, apabila orang berfikir mengenai lelaki ini, mengenai apa yang dipercayainya, datang ke sini dan bermain dengan cara ini di England.

“Ia bukannya kerana saya cuba untuk menunjukkan kepada anda dengan kata-kata yang saya istimewa atau lebih baik atau unik atau perkara seperti itu. Saya mempertahankan apa yang saya percaya dan saya mempercayainya.”

City dipalit kekalahan pertama dalam kempen Liga Perdana musim ini selepas tewas 0-2 kepada Chelsea pada 8 Disember lalu tetapi mereka tampak sudah bangkit apabila menewaskan Hoffenheim dalam kancah Liga Juara-Juara.

Namun mereka sekali lagi tewas kepada Everton dalam saingan domestik sebelum mengalahkan Leicester City menerusi penalti untuk mara ke separuh akhir Piala Liga sekali gus berpeluang merangkul empat kejuaraan semusim – kejayaan yang tidak pernah dilakukan dalam sejarah bola sepak Inggeris sebelum ini.

Begitupun, kekalahan berturut-turut kepada Crystal Palace dan Leicester dalam aksi liga meningkatkan kembali kekecewaan itu tetapi Guardiola menegaskan beliau berpuas hati dengan persembahan pasukannya pada babak pertama kempen musim ini.

“Kami memperoleh 44 mata pada separuh kempen musim ini. Jika anda mendapat jumlah mata yang sama pada baki kempen, ia adalah 88 mata. Dengan 88 mata, anda adalah juara. Sekurang-kurangnya, anda mempunyai angka untuk menjadi juara.

“Kebanyakan juara Liga Perdana sejak 20 tahun lalu memenanginya dengan jumlah mata yang lebih sedikit.” – AFP/BH ONLINE

Tags: Manchester CityPep Guardiola
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Liverpool Kekal Di Puncak, Manchester City Terkulai

11/11/2019
0

LONDON - Liverpool terus kekal di puncak Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan bergaya 3-1 ke atas penyandang juara, Manchester City...

Kolaborasi Dengan Manchester City Pasti Jadi Kenyataan

29/05/2019
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan akan memastikan kolaborasinya dengan juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City menjadi kenyataan. Menterinya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd