• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gobind Dilantik Pengerusi DAP Selangor Yang Baharu

oleh
09/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dilantik sebagai Pengerusi DAP Selangor yang baharu pada pemilihan jawatankuasa parti negeri itu di sini hari ini.

Pelantikan itu diumumkan oleh Speaker Konvensyen DAP Selangor 2018, Leong Yu Man.

Terdahulu, Gobind yang juga Anggota Parlimen Puchong merupakan antara 15 anggota jawatankuasa baharu yang mendapat jumlah undian tertinggi dalam pemilihan itu yang diadakan pada konvensyen berkenaan.

Beliau kemudian dilantik sebagai pengerusi negeri dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah sebagai timbalannya atas persetujuan bersama dalam kalangan anggota jawatankuasa baharu itu.

Dalam pemilihan jawatankuasa baharu itu, ADUN Kinrara Ng Sze Han mendapat jumlah undi tertinggi sebanyak 491, diikuti bekas Timbalan Setiausaha Publisiti DAP Selangor Tiew Way Kheng dengan 463 undi.

Gobind ketika ditemui pemberita berkata beliau akan memainkan peranan untuk mendengar suara hati dari peringkat akar umbi di samping menyatupadukan parti di peringkat negeri.

“Tugas utama saya adalah untuk mendengar apa yang dikehendaki oleh semua bahagian dalam parti dan kita perlu membina parti yang kuat bagi menghadapi cabaran akan datang.

“Saya cukup yakin bahawa kami merupakan satu ‘team’ yang berkebolehan dan akan melakukan sedaya upaya untuk membawa DAP Selangor ke arah lebih cemerlang,” katanya.

Sementara itu, bekas Pengerusi DAP Selangor Tony Pua ketika ditemui pemberita, akur dengan keputusan tidak terpilih dalam senarai 15 jawatankuasa tersebut.

Pua yang mendapat 292 undi berkata perwakilan telah membuat pilihan dan beliau menerimanya dengan hati terbuka.

“Terima kasih kepada memberi peluang kepada saya menjadi pemimpin di Selangor selama ini. Keputusan ini tidak akan menjejaskan kerja saya, saya akan terus bekerja untuk parti dan kerajaan PH”, katanya.

Hanya 756 daripada 1,092 perwakilan hadir pada konvensyen itu yang menyaksikan 40 calon bertanding untuk 15 jawatan dalam jawatankuasa DAP Selangor. – BERNAMA

Tags: Gobind Singh Deo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bina Malaysia Yang Bersatu, Kuat Dan Berjaya – Gobind

DAP Bina Malaysia Yang Bersatu, Kuat Dan Berjaya – Gobind

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo menyeru seluruh ahli dan penyokong parti itu untuk terus...

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd