• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerak Hati Isteri Petanda Suami Maut Kemalangan

oleh
26/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Gerak hati seorang isteri mendengar deringan telefon pada tengah malam, ternyata benar apabila dia dimaklumkan suaminya antara tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 140, Jalan Kuantan-Johor Bharu di sini, semalam.

Noormawati Wagimam, 40, berkata dia tidak menjawab panggilan telefon sekitar pukul 1.30 pagi itu kerana tidak mengenali nombor yang tertera pada skrin telefon bimbitnya.

“Tapi saya rasa tak sedap hati kerana jarang mendapat panggilan pada waktu itu. Tidak lama kemudian, adik ipar telefon maklumkan ‘Li (nama panggilan suaminya) dan mek (mak mertuanya) sudah tiada,” katanya semasa ditemui di perkarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Rompin di sini, hari ini.

Noormawati yang merupakan suri rumah menambah suaminya, Rosli Mat Daud, 38, mengikut adiknya, Rizuan, 34, ke Kelantan bagi membawa ibu mereka Rakiah Mat, 64, berjumpa doktor pakar di sana.

Pada kemalangan pukul 11.50 malam itu, Rosli dan Rakiah maut di tempat kejadian selepas kereta Proton Saga dipandu Rizuan terbabas lalu bertembung dengan sebuah bas ekspres yang berada di laluan bertentangan, semasa mereka dalam perjalanan pulang ke Johor.

Turut maut ialah anak Rizuan, Aidil Ashraff, lima tahun, yang disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Rompin.

Noormawati yang mempunyai tiga orang anak berusia antara enam hingga dua tahun berkata kali terakhir dia bercakap dengan Rosli ialah menerusi panggilan telefon pada pukul 5 petang semalam, dan suaminya memaklumkan mereka mahu menyambung perjalanan selepas berhenti rehat di Kuantan.

Sementara itu, kakak kepada Rosli dan Rizuan, Rohana, 44, berkata ibunya perlu menjalani pemeriksaan pakar di Kelantan kerana berhasrat mahu menetap di sana selepas tiga tahun berada di Johor.

“Mek menghidap penyakit buah pinggang… lebih mudah jika saya menjaganya. Tapi mek nak pulang ke Kelantan dan doktor mahu memeriksa mek sebelum memutuskan sama ada dia boleh menjalani rawatan di sana.

“Tak tahu nak cakap apa sebab hilang tiga (anggota keluarga) serentak… Ashraff juga rapat dengan saya sebab saya yang menjaganya sejak kecil semasa emaknya bekerja,” katanya.

Rohana menambah jenazah Rakiah dan Aidil Ashraff akan dikebumikan di Kampung Pandan, Kangkar Tebrau, Johor manakala Rosli dikebumikan di kampung asal Noormawaati iaitu Felda Papan Timur, Kota Tinggi, Johor.

Sementara itu, isteri kepada Rizuan, Fazillah Ahmad, 34, berkata suaminya kini berada dalam keadaan koma di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan.

Fazillah menambah kali terakhir mereka berjumpa adalah pada pagi Sabtu, sebelum dia keluar bekerja dan Rosli menghubunginya pada sebelah petang memaklumkan mereka sudah hendak bertolak.

“Saya sempat bercakap dengan Ashraff dan dia pesan supaya buat kek Upin Ipin kerana dia nak makan selepas pulang. Dia pesan jangan lupa… saya dah buat dan memang menunggu kepulangan mereka sahaja,” katanya.

Fazillah yang bekerja sebagai pembantu kedai menambah kali terakhir mereka berhubung ialah pada pukul 11.30 malam dan Rizuan memberitahu sudah berada di Rompin.

“Saya ada menghantar WhatsApp kepadanya tapi tidak dijawab sehingga saya telefon semula pada pukul 1 pagi. Tapi panggilan saya dijawab anggota polis memaklumkan suami terlibat kemalangan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd