• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gelombang Putih Banjiri KL Demi Himpunan 812

oleh
08/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MERIAH… Buat julung kali dalam sejarah, pagi Sabtu yang lazimnya tenang bertukar meriah apabila semua tren LRT menuju ke ibu kota dipenuhi penumpang berbaju T warna putih.

Bahkan petugas media yang selama ini tidak pernah kena berdiri ketika menaiki LRT di Subang, hari ini terkejut kerana tren dinaiki berkenaan penuh peserta anti-Konvensyen Antarabangsa Hapus Diskriminasi Kaum (ICERD).

Rata-rata mereka memakai baju bermesej bantah ICERD itu bersemangat menuju ke pusat bandar raya bagi sertai himpunan aman bantah usaha biadab ratifikasi konvensyen tersebut oleh pihak kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Di Masjid Jamek dan Masjid Negara dekat Dataran Merdeka, ribuan peserta himpunan berkenaan dilihat telah mula berkumpul namun keadaan terkawal dengan kehadiran ramai anggota unit amal PAS dan pihak polis sendiri.

Sementara itu, tinjauan wartawan di sekitar pusat beli-belah Sogo di Jalan Dang Wangi mendapati sebahagian besar daripada peserta himpunan berkenaan telah mula berarak menuju ke Dataran Merdeka pada jam 2 petang.

Mereka melaungkan ‘Hidup Melayu’, ‘Tolak ICERD’ dan bertakbir. Namun begitu masih ramai lagi peserta yang berada di perkarangan masjid dan surau berhampiran bagi menunaikan solat fardu Zuhur.

Peserta turut membawa bendera dan sepanduk bagi menunjukkan bantahan terhadap ICERD. Beberapa pemimpin badan bukan kerajaan turut dilihat memberi ucapan selain taklimat ringkas sebelum himpunan berkenaan bermula.

Persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman yang menuju ke Dataran Merdeka turut ditutup sepenuhnya kepada pengguna kenderaan selain kawalan ketat oleh pihak polis dan wakil penganjur bagi elak keadaan buruk berlaku.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan dilaporkan menunaikan solat Zuhur secara berjemaah di Masjid Negara sebelum mereka berarak. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: ICERD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

29/10/2022
0

Petikan Page Viral Posts (FB) ICERD merupakan sebuah konvensyen oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk memupuk kesetaraan kaum...

TMJ: Mahathir ‘Tak Jujur’ Dalam Isu Statut Rom, ICERD

16/12/2021
0

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak jujur dalam isu Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd