• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaji Tertunggak Pemain Diselesaikan Dalam 60 Hari

oleh
29/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) akan menyelesaikan gaji tertunggak pemain-pemainnya dalam tempoh yang ditetapkan Lembaga Pengarah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Presidennya Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie berkata tempoh 60 hari yang diberikan mencukupi untuk PFA menyelesaikan bayaran tertunggak kepada para pemain.

“PFA sudah melantik peguam untuk menyelesaikan masalah ini dan saya akan menemui FAM dalam masa terdekat bagi menyelesaikan isu berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

MFL dalam satu kenyataan semalam mengesahkan skuad Singa Utara itu boleh beraksi dalam Liga Premier (Liga Perdana) 2019 namun perlu menyelesaikan tunggakkan gaji pemain-pemainnya.

Menurut MFL sekiranya PFA gagal, skuad kendalian Manzoor Azwira Abd Wahid itu tidak akan diberi dana FAM dan MFL untuk musim depan dan wang berkenaan akan digunakan membayar tunggakan gaji pemain.

Mengenai pembelian pemain Kedah Muhammad Akhyar Abdul Rashid, Ahmad Amizal Shaifit berkata PFA telah menutup pintu rundingan kerana kos yang perlu dijelaskan kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tidak mampu dijelaskan oleh PFA.

Sementara itu Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dalam kenyataan Facebooknya malam tadi memaklumkan kerajaan negeri memperuntukkan RM2.5 juta bagi membaiki dan menaiktaraf lampu Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar. – BERNAMA

Tags: tunggakan gaji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Segera Lapor JTK Jika Ada Tunggakan Gaji – MTUC

Segera Lapor JTK Jika Ada Tunggakan Gaji – MTUC

29/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Pekerja kontrak perkhidmatan kerajaan, terutamanya pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan digesa membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja...

RM1.6 Juta Tunggakan Gaji Perak FC Sudah Dijelaskan

20/05/2022
0

PROSES pembayaran tunggakan gaji pemain Perak FC telah dimulakan dengan pembiayaan hampir RM1.6 juta di bawah pengurusan baharu. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd