• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis Hilang Menjelang Majlis Perkahwinan Ahad Ini

oleh Cj Mnh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang gadis dilaporkan hilang menjelang majlis perkahwinannya yang akan berlangsung di Kampung Pandan, di sini, Ahad ini.

Chef pastri, Nur Izuana Atikah Mohd Ridzuan, 22, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Pandan, di sini, kira-kira jam 8 pagi, Rabu lalu.

Menurut ayahnya, Mohd Ridzuan Makip, 47, anak sulungnya itu keluar rumah untuk bertemu rakannya bagi menyampaikan kad jemputan perkahwinan kepada mereka di Bangsar, di sini.

Katanya, pada hari kejadian, dia sendiri yang menghantar Nur Izuana ke Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa untuk ke Bangsar, bagi bertemu rakannya.

“Kira-kira jam 3 petang, saya cuba menghubunginya melalui panggilan telefon, namun telefon bimbitnya dimatikan. Ketika itu, saya tidak mengesyaki apa-apa kerana beranggapan bateri telefon bimbitnya mati.

“Bagaimanapun, saya bertambah cemas apabila usaha menghubunginya sejak selepas waktu Maghrib, Rabu lalu hingga tengah malam, masih gagal sebelum kami membuat laporan di Balai Polis Hulu Kelang,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Mohd Ridzuan berkata, dia mengesyaki kehilangan Nor Izuana ada kaitan dengan seorang lelaki berusia 20-an yang pernah berkawan dengan anak perempuannya itu.

“Sebelum ini, hubungan anak dengan bakal suami elok saja sejak mereka bertunang Januari lalu. Namun, pada Mei lalu, anak memaklumkan dia ‘tawar hati’ dengan tunangnya sebelum saya mendapat tahu dia berkawan rapat dengan lelaki terbabit.

“Kami (ahli keluarga) ada membawa anak berjumpa dengan ustaz bagi mendapatkan rawatan secara Islam kerana mengesyaki lelaki terbabit ada menggunakan ilmu hitam terhadap Nur Izuana.

“Selepas rawatan itu, dia kelihatan ‘pulih’ dan setuju untuk meneruskan perkahwinan dengan tunangnya,” katanya yang memaklumkan anak perempuannya itu tidak pernah bertindak sedemikian sebelum ini.

Katanya, dia sudah berbincang dengan ahli keluarga terdekat termasuk keluarga tunang Nur Izuana mengenai majlis perkahwinan mereka yang balak berlangsung, Ahad ini.

“Besar harapan kami supaya Nur Izuana ditemui dalam keadaan selamat sebelum majlis perkahwinannya, Ahad ini. Seboleh-bolehnya, kami mahu majlis perkahwinan itu berjalan lancar seperti dirancang.

“Namun, sekiranya dia masih belum ditemui, kami terpaksa menangguh majlis itu. Diharap orang ramai yang ada maklumat mengenai Nur Izuana menghubungi balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut,” katanya. – BH Online

Tags: HILANGkahwin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2 Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Ditemui Di Kuala Lumpur

2 Pelajar MRSM Alor Gajah Hilang Ditemui Di Kuala Lumpur

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemui di...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd