• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis Bakal Nikahi Duda 30 Tahun Lebih Tua

oleh Ahmad Albab
10/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Benar kata orang, cinta itu cukup luar biasa yang tidak mengenal rupa, pangkat mahupun usia.

Sebalik kemanisan cinta itu, Raduan Yaakob, 50, boleh dikatakan cukup bertuah apabila berjaya menawan hati seorang gadis, Nor Fatim Aisyah Mohd. Noor yang jauh lebih muda sebagai peneman hidup.

Malah pesara kerajaan itu juga sama sekali tidak menyangka akan menamatkan zaman dudanya apabila bakal melangsungkan perkahwinan dengan gadis berusia 20 tahun itu pada 29 Disember depan.

Majlis perkahwinan antara duda anak empat itu dengan Nor Fatim Aisyah akan diadakan di rumah gadis itu di Kampung Banir Belikong, Selising, Pasir Puteh.

Menyingkap kembali kisah cinta mereka yang dari kampung sama, Raduan berkata, dia mengenali bakal isterinya itu sejak setahun lalu apabila wanita tersebut berkerja dengannya.

“Saya mengusahakan perniagaan katering di sekitar Pahang dan Kelantan. Nor Fatim pada masa itu baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Pertama kali bertentang mata, saya mula jatuh cinta dan tidak sangka saya tidak bertepuk sebelah tangan apabila Fatim juga mempunyai perasaan sama meskipun usia kami berbeza 30 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya, dia ada bergurau dengan ibu bapa Fatim untuk melamar gadis itu.

“Tidak sangka semuanya menjadi sempurna apabila perjalanan cinta kami bakal dinoktahkan dengan perkahwinan. Saya meminang Fatim pada bulan Jun lalu selepas berkenalan lebih setahun,” katanya.

Tambah Raduan, dia bersyukur apabila keempat-empat anaknya menerima Nor Fatim sebagai ibu tiri mereka meskipun bakal isterinya itu masih muda.

Sementara itu, Nor Fatim berkata, dia memilih Raduan sebagai suaminya kerana sifat penyayang, tanggungjawab serta matangnya.

“Dia betul-betul amat menyayangi saya. Saya amat bersyukur ditemukan jodoh dengan Raduan. Perkahwinan ini terjadi adalah takdir Allah, jika Allah tidak mengizinkan ia terjadi maka ia tidak akan terjadi.

“Saya berharap perkahwinan kami akan bahagia sehingga ke jannah dan keputusan untuk menjadi isterinya adalah dari hati yang ikhlas, ” katanya. – K! ONLINE

Tags: Dudagadis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Dara Berkain Batik Ditahan Berkhalwat Dengan Duda Dalam Khemah

Anak Dara Berkain Batik Ditahan Berkhalwat Dengan Duda Dalam Khemah

01/01/2026
0

KLUANG: Seorang lelaki berstatus duda ditahan berkhalwat bersama seorang wanita dalam khemah yang dipasang di ruang tamu sebuah rumah pusaka...

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

01/09/2025
0

Melaka: Lapan pasangan dicekup berkhalwat menerusi Operasi Cegah Jenayah Syariah (OCJS) di beberapa hotel sekitar Bandaraya Melaka, awal pagi semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd