• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Farid Tampar Pipi, Tendang Perut, Zakar Saya – Saksi

oleh
06/12/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang saksi memberitahu Mahkamah Majistret di sini, hari ini, pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari menamparnya sekali dan menendangnya sebanyak dua kali, termasuk di kemaluannya di Balai Polis Trafik Kota Damansara, di sini.

Bekas eksekutif akaun syarikat swasta, Ashraf Ahmad, 35, berkata, dalam kejadian pada 11 Januari lalu itu, dia yang sedang memandu Perodua Myvi di Jalan Tropicana, di sini, terlihat pelakon itu berjalan sendirian dengan tidak memakai baju dan seperti meminta bantuan kerana disamun.

“Ketika kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, hujan renyai-renyai dan selepas melihat beberapa kereta tidak membantu, saya membuat pusingan untuk mendekati lelaki berkenaan sebelum baru menyedari lelaki itu adalah Farid Kamil.

“Farid meminta saya menghantarnya ke balai polis kerana mendakwa dirinya terbabit dalam kemalangan dan kemudian saya membawanya ke Balai Polis Trafik Kota Damansara,” katanya.

Ashraf yang juga saksi pertama pendakwaan berkata demikian ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Alia Sumayyah Amran pada hari pertama perbicaraan kes empat pertuduhan jenayah dihadapi pelakon itu di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham di sini.

Menurut Ashraf, dia hanya mula menyedari Farid berkelakuan pelik apabila dalam perjalanan ke balai polis, tertuduh bertindak menarik stereng kereta berkali-kali sehingga dia terpaksa menegur perbuatan pelakon itu selain meminta baju-t yang dipakainya.

“Apabila sampai di balai polis, kami terus ke bahagian kaunter dan Farid menunjukkan kepada seorang anggota di situ mengenai satu artikel ‘300 artis hutang Ah Long’ di dalam telefon bimbitnya sebelum dimaklumkan beliau perlu ke Balai Polis Sunway Giza bagi kes jenayah.

“Selepas itu, Farid mula bertindak agresif apabila dia secara tiba-tiba menjerit ke arah saya dan polis itu dengan mengatakan ‘kau kenal siapa aku?’ sebelum menampar saya di pipi kiri sehingga saya pening dan telinga berdesing, katanya.

Mengulas lanjut kejadian itu, Ashraf berkata, selain dirinya, Farid turut menampar pipi kiri anggota polis berkenaan sambil memaki hamun dengan berkata ‘polis bodoh… polis jahat’ sebelum dia ditenangkan oleh dua orang awam lain dan dibawa ke belakang balai polis serta digari.

“Anggota polis menyuruh Farid yang ketika itu dalam keadaan bergari supaya duduk di lantai, namun dia kemudian menendang saya di perut sehingga senak dan Farid kemudian berlari ke dalam tandas.

“Selepas Farid bertindak agresif, beberapa anggota dari Balai Polis Mutiara Damansara datang untuk memberi bantuan dan dalam pada itu, Farid sempat menendang saya di bahagian kemaluan saya,” katanya.

Ketika disoal oleh Alia jika dia ada mendapatkan rawatan ekoran perbuatan pelakon itu, dia memaklumkan ada pergi ke Hospital Sungai Buloh pada malam hari kejadian untuk membuat pemeriksaan dan doktor mengesahkan tiada kecederaan serius berlaku.

Dalam prosiding itu, isteri Farid, pelakon dan penyanyi Datin Diana Danielle hadir bagi memberikan sokongan, namun tidak boleh berada di dalam mahkamah sepanjang prosiding kerana Diana berpotensi menjadi saksi bagi kes berkenaan.

Farid diwakili peguam bela Megat Syazlee Mokhtarom.

Pada 16 Januari lalu, Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan, iaitu mendatangkan kecederaan kepada seorang orang awam dan anggota polis, menghalang anggota polis menjalankan tugas dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kesat di kaunter pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara kira-kira jam 1.20 petang, 11 Januari lalu.

Sembilan hari kemudian, Farid Kamil turut didakwa menggunakan dadah berbahaya Tetra Hydrocannibol (THC), iaitu ‘11-nor -tetra hydrocannabinol-9-carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira jam 4.30 petang, tarikh sama. – BH Online

Tags: Farid Kamil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Diana, Farid Rujuk Demi Anak-anak

Diana, Farid Rujuk Demi Anak-anak

16/09/2023
0

PETALING JAYA: Rujuk demi anak-anak. Itu keputusan diambil Farid Kamil, 42, dan bekas isteri, Diana Danielle, 32, yang bercerai talak...

Farid Kamil, Diana Danielle Sah Cerai Talak Satu

Farid Kamil, Diana Danielle Sah Cerai Talak Satu

10/08/2023
0

SHAH ALAM: Pelakon Farid Kamil, 42, dan isterinya, Diana Danielle, 32, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd