• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ESM Sedia Cari Atlet Ke Sukan SEA Filipina 2019

oleh Cj Mnh
20/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) kini sudah bersedia membuat pemilihan atlet bagi membawa cabaran negara pada temasya Sukan SEA Filipina 2019.

Setiausaha Agung ESM, Rinie Ramli berkata badan induk itu mempunyai beberapa perancangan dalam memilih atlet terbaik memandangkan penganjuran sukan berasaskan permainan video itu semakin mendapat perhatian selain kehadiran lebih ramai atlet berbakat.

Katanya, proses pemilihan akan dilakukan dengan teliti berdasarkan jenis permainan video yang akan dipertandingkan bagi memastikan atlet dipilih mampu menggalas tanggungjawab dengan baik.

“Tahun depan kita ada Sukan SEA di mana buat pertama kali e-sukan dimasukkan ke dalam senarai pungutan pingat dan ini dapat memberi peluang kepada atlet berbakti kepada negara secara rasmi dan ia merupakan satu perkara yang amat membanggakan.

“Jaminan kami adalah pemilihan atlet akan melalui dari peringkat negeri sehingga ke peringkat kebangsaan. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada semua atlet seluruh negara, bukan hanya tertumpu di Lembah Klang sahaja, untuk mencuba,” katanya pada majlis pra-pelancaran penganjuran Todak Fest 2019 di sini, hari ini.

Pada masa sama, Rinie berkata senarai jenis permainan yang dipertandingkan sepatutnya diketahui minggu ini, namun ia terpaksa ditangguhkan pihak penganjur.

Menurut Rinie, sebelum ini pihaknya telah menghantar surat rasmi kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengenai jenis permainan yang diharap dapat dipertandingkan pada temasya dwi-tahunan itu.

“Ia sepatutnya diumumkan pada minggu ini tetapi mungkin pihak penganjur masih lagi menilai beberapa perkara. Tetapi kita sudah mengenal pasti kekuatan atlet Malaysia di dalam permainan apa, cuma keputusan akhir itu adalah pilihan penganjur,” tambah beliau.

Sebagai rekod, kekuatan arena e-sukan negara adalah dalam permainan video Dota2, FIFA19, Counter Strike, Mobile Legend, Tekken dan PUBG. – BERNAMA

Tags: EMSSukan SEA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

20/12/2025
0

Petikan Channel WhatsApp Lim Sian See   Tahniah kpd semua pegawai & atlet negara, sama ada berjaya atau tidak, atas...

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

19/12/2025
0

BANGKOK: Penganjuran Sukan SEA 2025 di Thailand kini berdepan pelbagai kontroversi susulan beberapa insiden yang mencetuskan persoalan terhadap integriti pertandingan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd