• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lelaki Rusia Usung Keranda Naik Tren

oleh Ahmad Albab
06/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENUMPANG tren di Rusia dikejutkan dengan kelibat dua lelaki yang memasuki tren tersebut bersama dengan sebuah keranda.

Rakaman menunjukkan kedua-dua lelaki yang dipercayai warga Rusia itu mengusung sebuah keranda yang dibalut dengan kain merah menuju ke stesen Metro Novokosino, Rusia.

Saksi berkata keranda yang diusung kelihatan amat ‘berat’ dan kedua-dua lelaki itu terpaksa berhenti beberapa kali sepanjang perjalanan ke stesen tersebut.

Kedua-dua lelaki itu bagaimanapun diarahkan keluar daripada tren tersebut.

Tidak dapat dipastikan sama ada mereka berjaya sampai ke destinasi yang ditujui.

Orang ramai tertanya-tanya sama ada mereka membawa bersama mayat di dalam keranda tersebut atau sebaliknya.

Jurucakap tren Metro menjelaskan kedua-dua lelaki tersebut tidak melanggar sebarang undang-undang dan mereka telah membayar tambang khas untuk membawa ‘keranda’ berkenaan masuk ke dalam tren.

“Mereka tidak membawa barang terlarang dan tidak melanggar mana-mana peraturan,” katanya.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada insiden pelik itu sekadar bersifat gurauan.

Ada yang berpendapat kedua-dua lelaki itu terlambat untuk proses pengebumian kerana jalan sesak di Moscow. – Dailymail.co.uk/mStar Online

Tags: kerandatren
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anthony Loke Mohon Maaf Pada Penumpang Tren

Anthony Loke Mohon Maaf Pada Penumpang Tren

08/12/2022
0

KUALA LUMPUR : Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mohon maaf kepada penumpang tren di Lembah Klang berikutan perkhidmatan Transit Aliran Ringan...

Tren, Bas Prasarana Operasi Seperti Biasa

17/03/2020
0

SEMUA perkhidmatan tren dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan beroperasi seperti biasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd