• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Azizah Pendekkan Lawatan Ke United Kingdom

oleh Ahmad Albab
07/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON– Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke United Kingdom, kembali ke Malaysia lebih awal daripada jadual asal program lawatannya.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau terpaksa pulang awal ke Malaysia bagi menghadiri satu mesyuarat penting Majlis Presiden Pakatan Harapan di ibu negara pada Sabtu.

”Saya mempunyai satu pertemuan dan mesyuarat dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu (mesyuarat) Majlis Presiden Pakatan Harapan. Saya sebagai Presiden Pakatan Harapan mesti hadir,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi beliau ke United Kingdom, lewat Khamis.

Kesemua program yang dijadualkan untuk Timbalan Perdana Menteri pada hari terakhir lawatannya ke negara ini dibatalkan.

Dr Wan Azizah kini adalah Pengerusi Majlis Penasihat PKR, selepas tidak mempertahankan jawatan presiden parti dalam Pemilihan PKR 2018, setelah memimpin parti itu sejak 1998.

Dr Wan Azizah tiba di London pada Rabu bagi lawatan rasmi sulungnya ke United Kingdom selepas dilantik dalam barisan Kabinet Malaysia pada 21 Mei berikutan kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan IsmailUnited Kingdom
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Starmer Umum Letak Jawatan, Tamat Era Singkat Kepimpinan Parti Buruh

Starmer Umum Letak Jawatan, Tamat Era Singkat Kepimpinan Parti Buruh

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub LONDON – Perdana Menteri Britain, Keir Starmer mengumumkan peletakan jawatan sebagai pemimpin Parti Buruh pada Isnin, sekali gus...

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd