• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Streram Sokong Pelantikan Rafizi Sebagai Naib Presiden

oleh Ahmad Albab
30/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Pelantikan bekas Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli sebagai Naib Presiden PKR merupakan hak mutlak Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai presiden parti untuk melantik sesiapa yang layak, kata Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S. Streram.

Dr Streram berkata beliau menyokong sepenuhnya pelantikan Rafizi sebagai naib presiden PKR kerana Rafizi merupakan seorang pemimpin yang banyak berjasa dan bekerja kuat dalam parti meskipun tewas kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi merebut jawatan timbalan presiden pada proses pemilihan PKR lepas.

“Ini bukan lagi soal team Azmin atau team Rafizi…kita mahukan satu pasukan yang progresif untuk parti boleh bergerak dan mempunyai hala tuju yang jelas.

“Kita mahu satukan dua pasukan tersebut dan sekarang kita hanya ada satu pasukan sahaja iaitu team Anwar, tiada seorang pun boleh halang dan tentang keputusan yang telah dibuat oleh presiden kita,” katanya kepada media selepas program Back To School di Rantau dekat sini hari ini.

Dalam program tersebut, Dr Streram yang juga Penyelaras DUN Rantau berkata bantuan kelengkapan sekolah ini diberikan kepada 400 murid daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) yang berumur tujuh hingga 12 tahun.

“Hari ini seramai 200 pelajar menerima bantuan beg sekolah, kelengkapan sekolah berserta baucar Mydin bernilai RM50 manakala 200 lagi pelajar akan diberikan kemudian pada masa terdekat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr S.StreramRafizi Ramli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd