• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Mahathir Akan Terima Ijazah Kedoktoran Kehormat

oleh
14/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dianugerahi Ijazah Kedoktoran Kehormat dalam Seni bagi Bidang Kepimpinan Sosial, Keusahawanan dan Politik daripada Rangsit University, Thailand semasa lawatan beliau selama dua hari ke negara itu mulai esok.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataannya hari ini berkata, ijazah itu akan disampaikan oleh Presiden Rangsit University, Dr Arthit Ourairat pada Ahad (16 Dis).

“Penganugerahan ijazah itu oleh Rangsit University adalah sebagai pengiktirafan kepimpinan Perdana Menteri terutama dalam menjaga kepentingan Malaysia dan negara sedang membangun yang lain yang memberi kesan signifikan kepada masyarakat secara meluas,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra berkata, Perdana Menteri juga akan menyampaikan ucaptama kepada siswa-siswi universiti itu semasa majlis penganugerahan itu.

Majlis penganugerahan itu akan didahului dengan Jamuan Gala bagi meraikan lawatan kerja Perdana Mentgeri yang dihos oleh Presiden universiti itu, esok.

Menurut Wisma Putra, Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali akan diiringi oleh Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan para pegawai kerajaan yang lain.

Dr Mahathir melakukan lawatan ulung beliau ke Thailand pada Oktober lepas setelah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh.

Malaysia dan Thailand menjalinkan hubungan dua hala yang erat selama 61 tahun, dengan Thailand menjadi antara 20 negara yang pertama mewujudkan hubungan diplomatik dengan Malaysia sejak 1957.

Kedua-dua negara mengadakan kerjasama erat dalam pelbagai sektor termasuk perdagangan dan pelaburan.

Thailand adalah rakan perdagangan terbesar yang kelima bagi Malaysia dengan jumlah perdagangan dua hala antara kedua-dua negara itu pada 2017 ialah RM98.69 bilion, satu peningkatan 18.43 peratus berbanding 2016.

Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel pada sidang media di kedutaan Malaysia di sini berkata, pada sebelah malam, Presiden RSU Arthit Ourairat akan meraikan Dr Mahathir dan isteri dan delegasi Malaysia dalam satu majlis makan malam di Hotel Plaza Athenee di sini.

Pada keesokan paginya, Dr Mahathir akan ke Kampus Utama RSU di Mueang Pathum, kira-kira 30 kilometer dari sini untuk menerima ijazah kehormat itu dan menyampaikan ucaptama pada majlis konvokesyen yang turut menyaksikan 5,000 graduan menerima ijazah masing-masing.

Ijazah kehormat itu adalah satu pengiktirafan besar masyarakat akademik Thailand kepada Dr Mahathir sebagai tokoh pemimpin dan negarawan disegani di rantau ini, kata beliau.

“Penganugerahan ijazah itu akan meningkatkan imej Malaysia amnya dan Dr Mahathir khususnya dalam kalangan rakyat Thai, khususnya golongan akademik, profesional, politik, serta pelajar dan golongan muda di Thailand. Ia juga akan menyumbang kepada hubungan dua hala terutamanya dari segi jalinan sosial dan people to people contact,” katanya.

RSU, ditubuhkan pada 1985, ditauliah sepenuhnya oleh Kerajaan Thailand kepada Suruhanjaya Pendidikan Tinggi di bawah Kementerian Pendidikan Thailand. Ia satu-satunya universiti swasta di negara ini yang dinilai kepada kualiti standard pendidikan oleh Pejabat Standard Nasional dan Penilaian Kualiti Thailand dan dikategorikan sebagai “amat bagus” dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, arkitektur, kemanusiaan dan sains sosial.

Hingga kini RSU mempunyai hampir 30,000 siswa-siswi serta 2,000 tenaga akademik dan pegawai. RSU menawarkan 141 program merangkumi 94 program ijazah, 37 program ijazah sarjana, sembilan program ijazah kedoktoran dan 1 program diploma. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd