• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dijemput Ajal Selepas Genap Sebulan Nikah

oleh
09/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Mereka dinikahkan pada 8 November lepas dan semalam, genap sebulan selepas menikmati hidup berumah tangga, pasangan Mohamad Syahmi Emir Mohd Rawi, 24 dan Nur Diana Afifah Hasnulhady, 24 dipanggil mengadap Ilahi setelah terlibat dalam kemalangan di sini awal pagi tadi.

Menurut ayah Mohamad Syahmi, Mohd Rawi Manab, 50, dia tidak menyangka hasrat anak sulungnya itu untuk menghantar barang adik bongsunya (lelaki) yang berusia 20 tahun ke Politeknik Muadzam Shah, Bandar Muadzam Shah akan berakhir dengan tragedi.

“Sepatutnya saya yang hantar, tetapi dia menawarkan diri untuk berbuat demikian kerana ingin berjalan-jalan ke rumah neneknya di Mersing sebelum berkonvoi Teluk Chempedak, Kuantan bersama sebuah lagi kereta.

“Semasa dalam perjalanan pulang itulah mereka terlibat dalam kemalangan dan menurut anak bongsu saya yang memandu sebuah lagi kereta, dia terdengar bunyi letupan sebelum menyedari kenderaan Mohamad Syahmi terlibat dengan kemalangan itu,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Rompin di sini hari ini.

Bas Bertembung Kereta, 4 Maut Dalam Kemalangan Di Rompin

Sepanjang temu bual itu, Mohd Rawi yang berasal dari Johor Bahru tidak dapat menahan rasa sebak dan terpaksa berhenti beberapa kali bercakap disebabkan terlalu sedih dengan kejadian menimpa anak sulung daripada tiga beradik itu.

“Barang-barang perkahwinan pun masih belum habis dikemas sebab dia dan isterinya bercadang untuk pindah ke rumah sewa di Taman Perling, Johor Bahru,” katanya.

Dalam kemalangan pada 1.30 pagi tadi, Mohamad Syahmi bersama isterinya Nur Diana maut di tempat kejadian selepas kereta jenis Perodua Viva yang mereka naiki masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah bas yang dinaiki 30 penumpang.

Kemalangan itu turut meragut nyawa dua lagi sepupu Mohamad Syahmi, Yasmin Afiqah Hazemi, 14, dan Yasmin Aliah Hazemi , 12.

Bagaimanapun ibu kepada dua beradik berkenaan tidak dapat ditemu bual kerana terlalu sedih dengan kehilangan mengejut anaknya itu, malah turut kelihatan hampir pengsan selepas melihat jasad dua anaknya di dalam bilik mayat.

Sementara itu kakak kepada Nur Diana, Nur Hadira Aifa, 25 tidak menyangka pesanan adiknya kepada ibu mereka bahawa dia ingin bercuti lama di Mersing semalam merupakan petanda dia akan dikebumikan di situ.- BERNAMA

Tags: ajal
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ketua PKR Sabah Dijangka Diputuskan Pada 11 Dis

Next Post

Bersatu Negeri Sembilan Akan Sentiasa Tegur Menteri Kabinet

Related Posts

Ajal 2 Sahabat Dihempap Treler

18/11/2019
0

ALOR GAJAH - Dua rakan karib penuntut sebuah kolej kejururawatan maut dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 204.5...

Lelaki Temui Ajal Dipenggal Bilah Helikopter

13/01/2019
0

SEORANG lelaki maut selepas terkena bilah kipas helikopter di bahagian kepalanya sewakty bekerja di lapangan terbang Florida, Amerika Syarikat. Pejabat...

Next Post

Bersatu Negeri Sembilan Akan Sentiasa Tegur Menteri Kabinet

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd