• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bas Bertembung Kereta, 4 Maut Dalam Kemalangan Di Rompin

oleh
09/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Empat termasuk sepasang suami isteri yang baru sebulan berkahwin maut dalam kemalangan melibatkan kereta dan bas ekspres di Km131.2 Jalan Kuantan-Johor Bahru awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1.48 pagi itu, Mohamad Syahmi Emir Mohd Rawi, 24 dan isteri Nur Diana Afifah Hasnulhady, 24, beralamat di Johor Bahru maut di tempat kejadian.

Ketika dihubungi di sini, Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Azli Mohd Noor berkata dua lagi yang maut merupakan anak saudara mereka Yasmin Afiqah Hazemi, 14 dan adiknya Yasmin Aliah, 12.

Pasangan berkenaan dikatakan dalam perjalanan menghantar dua kanak-kanak terbabit pulang ke rumah mereka di Mersing, Johor selepas bercuti di Teluk Chempedak.

Katanya siasatan awal mendapati kereta Perodua Viva yang dipandu Mohd Syahmi dari arah Kuantan ke Johor Bahru memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan bas ekspres membawa 30 penumpang itu.

Azli berkata akibat pertembungan, kedua-dua kenderaan terseret kira-kira 30 meter sebelum jatuh ke dalam parit di sebelah kanan jalan menghala Kuantan.

“Pemandu bas dan kesemua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan manakala semua mangsa yang meninggal dunia telah dibawa ke Hopital Rompin untuk bedah sisasat.

“Kejadian berlaku di jalan dua lorong dua hala, lurus, gelap tanpa lampu jalan dan dalam keadaan cuaca baik.

Sementara itu dalam kemalangan berasingan di Km164 Lebuhraya Pantai Timur dekat Maran malam tadi, tiga penumpang dan seorang pemandu bas cedera selepas kenderaan yang mereka naiki melanggar belakang sebuah treler.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman berkata dalam kemalangan 9.24 malam itu, bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan dari Klang ke Kuantan.

“Kemalangan itu menyebabkan keseluruhan bahagian belakang treler dan bahagian depan bas berkenaan mengalami remuk yang teruk,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini

Katanya kesemua mangsa telah di bawa ke Klinik Kesihatan Maran untuk rawatan.

Kedua-dua kes disiasat menurut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd