• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat Ditangguh, Agenda Reformasi Dilaksana – Speaker

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Agenda reformasi institusi Parlimen berjaya dilaksanakan sepanjang sidang Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen ke-14 yang berakhir hari ini setelah berlangsung selama 30 hari sejak 15 Okt lalu.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata mesyuarat kali ini iaitu yang kedua diadakan di bawah kepimpinan kerajaan baharu Pakatan Harapan menyaksikan anggota Parlimen bersama-sama melaksanakan agenda reformasi institusi Parlimen sebagaimana yang dijanjikan.

“Saya amat bersyukur dalam tempoh mandat baharu yang diberi rakyat sejak 9 Mei lalu, agenda reformasi institusi Parlimen berjaya dilaksanakan dengan sokongan semua anggota Parlimen.

“Antaranya memperkasa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, mewujudkan enam jawatankuasa pilihan khas yang baharu berserta dengan pengerusi dan ahli-ahlinya serta mewujudkan kumpulan kaukus merentasi fahaman politik yang terbaharu iaitu Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus.

“Mudah-mudahan kita akan terus dapat bersama menggerakkan komitmen untuk mengembalikan kewibawaan institusi Parlimen sebagai institusi badan perundangan yang terbuka, bebas, telus dan mesra rakyat dalam amalan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia,” katanya dalam kata-kata penutup Speaker.

Mohamad Ariff yang mewakili dua Timbalannya iaitu Datuk Rashid Hasnon dan Nga Kor Ming turut merakamkan penghargaan kepada semua anggota Parlimen, pegawai kerajaan, wakil media dan semua pihak yang terlibat menjayakan persidangan kali ini.

“Selamat menyambut Krismas kepada yang beragama Kristian, selamat tahun baharu 2019 tidak lama lagi kepada semua, selamat berjuang selamanya kepada Harimau Malaya yang akan bertemu Vietnam dalam perlawanan pertama (final) AFF Suzuki 2018 malam ini.

“Ada pantun; bintang barat terbit petang, bintang timur terbit pagi, jika tidak melarat panjang, penggal depan ketemu lagi,…saya juga minta maaf kalau ada kesilapan dan kekurangan sopan santun kepada anggota Parlimen,” katanya ketika menutup persidangan tersebut.

Persidangan Dewan Rakyat kemudian ditangguhkan sehingga ke satu tarikh diumumkan kelak. – BERNAMA

Tags: Dewan Rakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shahidan Bawa Isu Raptai UniMAP Ke Dewan Rakyat Isnin Ini, Mahu Penjelasan Menyeluruh

Shahidan Bawa Isu Raptai UniMAP Ke Dewan Rakyat Isnin Ini, Mahu Penjelasan Menyeluruh

01/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim akan membawa isu kontroversi sesi raptai Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)...

Pemimpin BN Berbaju Melayu ‘Gelombang Biru’ Hadir Belanjawan 2027

Pemimpin BN Berbaju Melayu ‘Gelombang Biru’ Hadir Belanjawan 2027

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Gelombang biru mewarnai suasana di Parlimen apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) khususnya daripada UMNO tampil mengenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd