• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CIDB Sedia Pelan Tindakan Industri Pembinaan

oleh Ahmad Albab
27/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) menerusi anak syarikat milik penuhnya, CIDB e-Construct Services Sdn Bhd (CIDBEC), akan menggubal pelan tindakan Revolusi Industri Keempat 4.0 (IR 4.0) bagi industri pembinaan, menjelang Januari 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif CIDBEC Rofizlan Ahmad berkata pelan tindakan itu bertujuan menyediakan arah tuju yang jelas untuk penggiat industri, selain menyelaraskan program akan datang yang berkaitan IR 4.0, khususnya Model Maklumat Bangunan (BIM).

Beliau berkata jawatankuasa khas telah dibentuk, terdiri daripada ​​​​​​​pelbagai ahli daripada bidang berkaitan, iaitu Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia untuk Teknologi Tinggi (MIGHT), Institut Arkitek Malaysia (PAM) dan Institut Jurutera Malaysia (IEM).

“Jawatankuasa ini akan mengkaji status sektor pembinaan Malaysia dari segi tahap penerimaan BIM jika dibandingkan dengan negara yang telah melaksanakannya, termasuk United Kingdom, Perancis, Brazil dan Mexico.

“Kajian mengenai penggunaan BIM dan rancangan masa depan untuk negara juga akan digariskan bagi meningkatkan penggunaan BIM dalam kalangan penggiat industri,” katanya kepada Bernama.

BIM ialah teknologi pemodelan dan set proses yang berkaitan untuk menghasilkan, berkomunikasi, menganalisis dan menggunakan model maklumat digital sepanjang kitaran hayat projek pembinaan.

Ia merupakan proses berasaskan model tiga dimensi (3D) pintar yang memberikan maklumat untuk arkitek, kejuruteraan, dan profesional pembinaanerancang, merekabentuk, membina dan mengurus bangunan dan infrastruktur dengan cekap.

Rofizlan berkata penggunaan BIM boleh menjimatkan kira-kira 15 hingga 20 peratus dalam masa dalam peringkat perancangan dan reka bentuk, bergantung kepada reka bentuk dan pembinaan projek.

Visual 3D juga berkeupayaan untuk memberi perincian ke atas setiap infrastruktur dan item di dalamnya.

Rofizlan berkata penggunaan BIM mampu menjimatkan kira-kira 15 hingga 20 peratus masa merancang dan mereka bentuk, bergantung kepada reka bentuk dan pembinaan projek.

Dalam perkembangan yang sama, Rofizlan berkata pelan tindakan BIM juga akan menekankan penggunaan integrasi berasaskan awan untuk teknologi BIM, yang merupakan bentuk penerimaan tertinggi untuk BIM (akreditasi Aras 3).

“Dengan melibatkan semua petugas dalam platform berasaskan awan, antara lain akan meningkatkan keupayaan untuk audit analisis dan reka bentuk, kecekapan untuk penghasilan reka bentuk dan pemahaman yang lebih baik mengenai sesuatu projek pada peringkat awal.

“Ia juga membolehkan mereka berada pada lokasi berbeza namun dapat mengakses maklumat projek melalui platform awan. Selain itu, pelanggan dan pemilik bangunan juga boleh menilai reka bentuk dan membuat pengubahsuaian yang dicadangkan selain membuat keputusan yang lebih cepat mengenai kelulusan,” katanya.

CIDBEC ialah pusat rujukan untuk industri pembinaan, dan mengurus Pusat myBIM CIDB, yang menyediakan latihan mengenai BIM dan teknologinya, serta perkhidmatan lain seperti kemudahan sewa bilik, studio dan makmal. – BERNAMA

Tags: CIDBpembinaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Salah Mungkin Kena Gantung

Next Post

2 Korea Lancar Projek Rel, Jalan Bersama

Related Posts

Vaksin Dibuka Kepada 40,000 Pekerja Sektor Pembinaan

17/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menawarkan vaksinasi COVID-19 kepada 40,000 pekerja...

69 Tapak Pembinaan Tak Patuh SOP Diarah Tutup

11/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) menutup 69 tapak pembinaan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang...

Next Post

2 Korea Lancar Projek Rel, Jalan Bersama

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd