• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Waktu Pusat Hiburan Akan Ditentukan

oleh
01/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Cadangan untuk mewajibkan semua pusat hiburan di Wilayah Persekutuan ditutup pada pukul 1 pagi mula tahun depan akan ditentukan dalam mesyuarat Majlis Menteri yang dijadualkan pada Januari depan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata majlis berkenaan yang dianggotai oleh semua anggota parlimen di Wilayah Persekutuan akan menentukan waktu operasi pusat hiburan berdasarkan lokasi pusat hiburan berkenaan.

“Buat masa ini lesen pusat hiburan ada tiga waktu operasi, sehingga pukul 1 pagi, 3 pagi dan 5 pagi, tetapi banyak pusat hiburan di sini (Wilayah Persekutuan) yang tidak mengikut waktu operasi seperti yang ditulis dalam lesen mereka,” katanya dalam sidang akhbar di Pameran Umrah dan Pelancongan Islam di sini hari ini.

Tambah Khalid, lesen operasi sehingga pukul 5 pagi hanya diberikan kepada pusat hiburan yang menjadi tumpuan pelancong asing sahaja bagaimanapun ia telah disalahgunakan.

“Banyak kali dalam operasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pusat hiburan yang tutup pukul 5 ini penuh dengan warga tempatan, tiada pelancong asing, jadi dengan kajian semula nanti kita akan tentukan waktu operasi pusat hiburan yang sesuai.

“Saya berharap cadangan ini (waktu operasi baharu) akan mendapat sokongan dari warga Wilayah Persekutuan,” katanya.

Khalid pada Khamis lepas dilaporkan berkata pihaknya akan

akan mengkaji semula lesen ‘istimewa’ kepada sebahagian kecil pusat hiburan yang dibenarkan beroperasi sehingga pukul 5 pagi.

Katanya ia adalah sebagai galakkan agar warga kota menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga.

Cadangan berkenaan bagaimanapun mendapat bantahan pelbagai pihak antaranya Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) yang beranggapan langkah berkenaan akan memberi kesan besar ke atas kegiatan pelancongan dan perniagaan di ibu kota itu.

Sementara itu ketika mengulas mengenai pameran berkenaan, Khalid berkata orang ramai perlu mengambil kesempatan atas pameran berkenaan bagi mendapat khidmat syarikat pengendali umrah dan haji yang berkaliber.

Pameran yang selama empat hari yang bermula semalam itu diadakan di Anggerik Mall di Seksyen 14 di sini dan disertai oleh agensi-agensi pelancongan, umrah dan haji yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. – BERNAMA

Tags: Khalid Abdul Samad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Saya Tak Kisah Uqasha Keluar Dengan Lelaki Lain’

Next Post

Waytha Ucap Tahniah Polis Dalam Kendali Isu Kuil

Related Posts

6 Ahli Parlimen KL Dilantik Anggota Majlis Menteri

30/05/2019
0

PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengumumkan pelantikan enam Ahli Parlimen di Kuala Lumpur sebagai anggota Majlis Menteri...

Pelaburan Qatar Diintai Bagi Projek Kereta Nasional Ketiga

18/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad hari ini menjelaskan bahawa pihak yang berpotensi untuk melabur dalam projek...

Next Post

Waytha Ucap Tahniah Polis Dalam Kendali Isu Kuil

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd