• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersatu Negeri Sembilan Akan Sentiasa Tegur Menteri Kabinet

oleh
09/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan akan sentiasa memberi teguran yang sihat kepada menteri-menteri Kabinet, kata Ketua Badan Pimpinannya Tan Sri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata menteri-menteri baharu ini perlu banyak belajar daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di samping sentiasa mendengar rintihan rakyat.

“Kalau sebahagian menteri Bersatu dipandang sebagai hilang punca dan tidak ada keutuhan dalam prestasi mereka, langkah-langkah pembetulan perlu diambil sebelum ‘cacing naik ke mata’.

“Jika dibiarkan lama-kelamaan imej buruknya akan sampai kepada presiden, timbalan presiden dan pengerusi Bersatu,” katanya kepada media selepas Konvensyen Perjuangan Bersatu Negeri Sembilan, di sini hari ini.

Konvensyen tersebut yang dihadiri lebih 500 perwakilan, dirasmikan oleh Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sementara itu, beliau berkata ahli-ahli Bersatu perlu konsisten memperjuangkan hal berkaitan bumiputera dan Melayu.

“Jangan segan dan malu untuk memperjuangkan hal bangsa Melayu dan bumiputera seperti berkaitan dengan kuasa politik dan ekonomi.

“Kontrak sosial sebelum merdeka mesti difahami…kena terangkan (kepada kaum lain) kenapa soal dominan siasah Melayu perlu diperjuangkan dan bukan untuk menindas kaum lain,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rais berkata Menteri Besar Aminuddin Harun akan mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Bersatu negeri untuk membincangkan kedudukan parti itu di dalam pentadbiran negeri.

“Hubungan di dalam Pakatan Harapan negeri, parti kami dicorotkan dalam kedudukan tertentu.

“Menteri besar akan bertemu dengan kami dan menilai semula peranan Bersatu di peringkat pentadbiran daerah-daerah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Rais Yatim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dijemput Ajal Selepas Genap Sebulan Nikah

Next Post

Selitkan Pendidikan Antirasuah Dalam Buku Teks – MCPF

Related Posts

Sidang Dewan Negara Ditambah Dua Hari – Rais

Sidang Dewan Negara Ditambah Dua Hari – Rais

29/03/2023
0

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara bagi Penggal Kedua Mesyuarat Pertama Parlimen ke-15 ditambah dua hari lagi menjadikan tempoh bersidang...

Agenda Transformasi Parlimen Dibawa Kepada PM 2 November

29/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Agenda Transformasi Parlimen akan akan dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2 November ini....

Next Post

Selitkan Pendidikan Antirasuah Dalam Buku Teks - MCPF

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd