• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berkhidmat Kepada Rakyat Dengan Baik

oleh Cj Mnh
18/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar mengingatkan 1.6 juta penjawat awam seluruh negara negara supaya meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai keutamaan dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Beliau berkata penjawat awam juga harus sentiasa berusaha memperbaiki perkhidmatan mereka untuk memenuhi permintaan rakyat.

“Sebagai penjawat awam, anda mesti berkhidmat kepada rakyat, dan bukan melayan kehendak ahli politik. Gaji anda dibayar oleh rakyat, oleh pembayar cukai. Oleh itu, anda mesti berkhidmat kepada mereka, “katanya kepada Bernama sebelum hadir sebagai tetamu program ‘Suara Harapan’ di Bernama Radio hari ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sering menyebut tentang beberapa pegawai kerajaan yang enggan bekerjasama dengan kerajaan baharu Pakatan Harapan dan sering mensabotaj dasar kerajaan.

Ismail berkata mereka yang tidak dapat berkhidmat secara profesional dan tidak menunjukkan komitmen terhadap kerja mereka kepada kerajaan baharu harus meletakkan jawatan.

Ismail, yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara pada 29 Ogos lalu, berkata proses “pembersihan” dalam sektor awam daripada gejala rasuah dan amalan tidak berintegriti akan terus dijalankan termasuk tindakan membuang kerja mereka yang disabit kesalahan.

Justeru, katanya, amalan dan budaya kerja yang mencerminkan slogan ‘Bersih, Cekap dan Amanah’ akan terus disemai serta dijadikan pegangan dalam kalangan penjawat awam, selaras dengan matlamat kerajaan baharu yang memberi penekanan kepada tadbir urus baik dan integriti.

Dalam program 45 minit itu, Ismail berkata penjawat awam harus berani menyatakan pandangan dan sihat jika berdepan dengan situasi sesuatu perkara yang bakal dilaksana melanggar peraturan.

“Jangan kita terima bulat-bulat. Ini yang menyebabkan penjawat awam terperangkap di kemudian hari disebabkan arahan yang melanggar peraturan,” kata Ismail. – BERNAMA

Tags: berkhidmatIsmail Bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Calon Menang Kena Berkhidmat Bersungguh-Sungguh: Hishammuddin

12/03/2022
0

Kluang : "Saya harap selepas ini mereka (calon yang menang) akan berkhidmat bersungguh-sungguh," kata bendahari Barisan Nasional (BN) Datuk Seri...

KSN Nafi Akan Berlaku Pertukaran KSU 5 Kementerian

18/12/2019
0

SHAH ALAM - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ismail Bakar menafikan akan berlaku pemindahan ketua setiausaha (KSU) lima kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd