• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berat Cecah 102 Kilogram, Zul Ariffin Kembali Bersenam

oleh
05/12/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akibat terlalu sibuk bekerja dan tidak mengamalkan gaya pemakanan sihat, berat badan pelakon, Zul Ariffin meningkat mencecah 102 kilogram.

Zul menerusi perkongsiannya di Instagram berkata, dia kini berusaha mendapatkan semula berat badan ideal dengan menjalani rutin senaman.

Pelakon J Revolusi itu mengakui, rutin yang dilakukan bukan semata-mata kerana mahu beraksi di layar perak, tetapi juga demi menjaga kesihatan diri.

“Setahun lalu, saya hanya menumpukan fokus kepada kerjaya dan tidak menghiraukan soal pemakanan. Tidur juga tidak betul dan saya tidak lagi ke gimnasium.

“Tiada siapa yang perlu disalahkan, kecuali diri sendiri. Semua tabiat negatif itu sudah dihentikan dan saya kini kembali menjalani rutin senaman setiap hari,” katanya.

Zul mengakui, ada beberapa projek yang sedang menanti untuk dilunaskan, tetapi kesedaran itu berputik bukan semata-mata kerana kerja.

“Ia lebih kepada membuat persediaan untuk segala perkara yang akan datang. Saya mahu menjadi lebih sihat dengan melakukan perkara yang disukai,” katanya.

Baru-baru ini, Zul mendapat perhatian netizen apabila memuat naik foto yang memperlihatkan perubahan susuk tubuhnya yang jauh lebih berisi.

Malah, pelakon yang dikenali dengan badan sasa itu mengakui, berat badannya sudah mencecah 102 kilogram membuatkan peminat terkejut.

Sementara itu, Zul turut menasihatkan pengikutnya supaya mengamalkan aktiviti sihat.

“Buat anda yang sedang berusaha mencapai impian untuk lebih sihat, lakukan sekarang. Tubuh kita dicipta bukan untuk bermalas-malasan.

“Bergeraklah dan paksa diri anda bersenam,” katanya. – BH Online

Tags: Zul Ariffin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zul Ariffin Disiasat Angkara Babak Lucah

22/03/2022
0

PUTRAJAYA – Pelakon, Zul Ariffin akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (KMM) susulan tindakan memuat naik klip...

Video Panas Mirip Zul Ariffin Pulak

12/12/2019
0

“SEDANGKAN muka Mark Zuckerberg pun orang boleh ‘deepfake’, inikan pula saya,” kata pelakon popular Zul Ariffin mengenai penularan video panas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd